Blog Header

A note from past me…

text, letter, old-4095909.jpg

Jika kalian sedang membaca entri ini, ia bermaksud aku telahpun menaipnya barang dua tiga hari yang lepas. Dan semua entri selepas entri ini, adalah auto publish post yang telah disetkan untuk memastikan blog ini tidak terbiar seperti padang jarak padang terkukur. Oleh kerana itu, aku akan pastikan yang setiap seminggu akan ada dua entri untuk tatapan kalian…

Bila?

InsyaAllah pada setiap hari Isnin dan Khamis. (Mengingatkan aku untuk puasa sunat ^_^)

Maaf untuk blogger yang anjurkan segmen, give away atau contest pada waktu ni..sebab aku tak dapat join. T__T…memang teringin nak join…tapi karang tak pepasal, aku menang..then aku tak tuntut hadiah tu…rugi woo… (berangan macam kau menang je setiap segmen tu kan?)

Ke mana aku menghilang?

Bermula minggu ni, (iaitu minggu depan ketika aku menaip) aku sedang berusaha untuk memberi tumpuan yang sepenuhya terhadap pengajian yang sedang aku ambil.

Untuk yang bertanya, bidang apakah yang aku ambil selepas beria-ia ucap Sayonara pada Perihelion?

Aku pilih:- Pengurusan Hartanah di UiTM Shah Alam…- (ceritera lanjut tentang program ni aku akan update sejajar dengan waktu yang bergerak… )

So, bermula dari detik itu, aku akan menetap di sana untuk tiga tahun yang akan datang. (Shah Alam, peace yo!)

Best tak?

Yang itu, aku belum dapat cerita sebab masih baru lagi. So far, perasaan aku tersangatlah berdebar. Sebab dia macam memerlukan keyakinan yang tinggi…walhal keyakinan yang aku ada, hanya senipis kertas A4 30gsm. T___T

Ya, ramai blogger yang dapat sambung pengajian jugakkan? Korang lagi hebat. Ada yang sambung di UM (cc for kim chaa), ada yang sambung di UKM, UTM, UTP dan sebagainya…- best kot baca cerita korang! rajin-rajinlah update k? –

Tahniah aku ucapkan untuk korang semua! Dan doa aku;

semoga kita semua menjadi penyambung profesional dalam apa jua bidang yang kita ceburi…-Amin-”

Aku tak janji yang aku akan melepak kat blog korang, tapi selagi ada line internet, aku akan cuba untuk membaca serta mengomen. Paling kurang pun aku merayap kat blog korang sesaja kalau ada masa lapang…(insyaAllah…)

To all my loyal readers, thank you very much for spending your time to read this blog. I wish all the best for your life!

Thanks for reading!

Subscribe
Notify of
guest
18 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
October 3, 2016 12:02

thank you tika!
haa..boleh sangat cubanya….hehehhehe

sofie adie
October 3, 2016 12:01

salam yana..
haah shah alam..hehehhe
insyaAllah…i will enjoy it! 🙂

sofie adie
October 3, 2016 12:00

thank you 🙂

sofie adie
October 3, 2016 12:00

makaseh tashira!! insyaAllah….all the best utk kitak juak 🙂

sofie adie
October 3, 2016 11:59

kan? busy dia stak pernah putus….bila terasa lapang, blog aje diingatnya…

sofie adie
October 3, 2016 11:58

wuuuu….all the best to you too! ^_^

sofie adie
October 3, 2016 11:58

terima kasih 🙂

sofie adie
October 3, 2016 11:57

hahahhaha…kita dah tadak idea..pastu kebetulan time tu nampak kertas A4…teruslah jadi gitu…
thanks nina!

sofie adie
October 3, 2016 11:57

waalaikumsalam kak shikin…
amin…:)

Nurulatika Yunus
October 3, 2016 11:18

Good luck in your study ! Ganbatte 🙂
sy pun nak cuba auto post jugalah hehe

The KehalusanKelembutan
October 3, 2016 11:18

salam sofie , ke shah alam! pulak? enjoy study okey! 🙂

Shafuhan Smab
October 3, 2016 11:18

Good luck for your studies. =D

tashira z
October 3, 2016 11:18

good luck & all the best kak! jaga dirik ah 🙂

Kim Chaa
October 3, 2016 11:18

Terharu sangat ada nama dekat entry niih .. hoho .. samalah kita pun. Busy sgt. Nak taip entry tiap tiap hari dah tak sempat ..

Leyha Hady
October 3, 2016 11:18

wuuu all the best sis ^^

At-Tarmizi
October 3, 2016 11:18

semoga berjaya =)

Hanis Amanina
October 3, 2016 11:18

hehe kelakar pulak baca senipis kertas A4 tuu. biasa dengar kulit bawang je.

all the best sofie! 😀

hanisamanina.com

Shikin Razali
October 3, 2016 11:18

Assalamualaikum, semoga Sofie berjaya dalam apa jua keadaan.. =)

Scroll to Top