Blog Header

Adulthood thingy is killing me!

text, letter, old-4095909.jpg

Holla there!

Alhamdulillah masih lagi hidup, masih bernafas dan yang paling penting masih punya semangat untuk update post hari-hari sejak 18 July. Hopefully, dapatlah istiqomahkan kerajinan ini. ?

Yeah, seperti yang tertera jelas tanpa dengung, yes and yes…adulthood thingy is killing me right now na na…Sebab? Kenapa perlu dewasa? Kenapa perlu membesar? Argh!!!! Dulu masa kecik, selalu sangat ulang frasa…’kalau aku besar..’ dan sampai sekarang pun aku still guna frasa tu. Sebab aku tak tahu bila seseorang manusia itu dewasa sebenarnya. 

Sebab definisi dia subjektif. Mungkin nampak je dewasa, tapi jiwa, perwatakan, komitmen, emosi, mental…masih lagi tidak mahu membesar. Acah je nak besar…padahal jadi orang besar ni makin besar jugaklah tanggungjawabnya. Allah….

Kadang tu, tak terasa pun. Sebab maklumlah, masih lagi jadikan Woody sebagai hero pujaan. Masih lagi mengharapkan Pyan dalam novel ‘Soalnya Hati’ untuk muncul depan mata. Masih lagi nak dengar lagu tanpa perlu buat apa-apa…dan masih lagi menjadi pemuja setia dari jauh tanpa sekelumit langkah untuk kehadapan.

Aku tak pernah ingin jadi dewasa. Dan aku bet semua orang pun tak nak jadi dewasa. Tapi itulah kehidupan. Dia tak kisah pun samada kau nak ke taknak besar, dia paksa jugak kau untuk membesar sampailah ajal menjemput….

Phew…semuanya kerana tak sangka.

Tak sangkakan dah 2018. Tak sangka dah 26 tahun. Tak sangka…tak sangka…dan tak sangka. Okay, apa cer sebenarnya nak bebel ni? Tetiba cakap perihal orang dewasa bagai ni…chillah kau baru 26 kot. Still got time to enjoy. Still have time to travel what…..still got chance to find what you never search…

Alkisahnya begini. Bila seorang budak yang tak mahu membesar diberi tugasan untuk menguruskan hal-hal orang dewasa, dia rasa gelabah. Dia takut. Gelabah sebab dia tak pernah tahu macam mana prosedurnya. Takut sebab dia langsung tak kenal orang yang pakar dalam bidang yang dicari-carinya…

Apa dia ni? Masih metafora lagi. Kau tak habis-habis kasi ayat metafora. Tak penat ke…

Well, metafora itu sudah jadi makanan gue dong. Huhuhu

Syyh…jangan bagitau sesiapa tau! Ni rahsia kita-kita dekat sini je…Okay? (feeling pulak nak menaip dengan BGM My Immortal by Evanescence)

Haa…padia?

Awal bulan tujuh hari tu alhamdulillah aku telah ditugaskan oleh ayah untuk menguruskan rumahnya di sini. Yeah disini. Kau bayangkan….aku…aku blur dowh. Sumpah tak tau nak buat apa. Plus, rumah ni adalah sub-sale. Bukanlah rumah baru. Kau kena reno situ, reno sini, deco itu deco ini. Check mana yang masih bagus, check mana yang dah tak boleh pakai. Kena cari contractor itu, contractor ini. Sumpah weh aku blur! Aku zero!!!

God! Is really tired to be an adult!!!! How comelah orang boleh have fun dengan dunia dewasa ni? Sebab ada duit? Kot…sebab duit semua orang boleh suka ria…petik jari.. oh, jari aku petiklah berjuta kalipun takkan keluar bunyi…sedih!?

Dahlah tak tau nak rujuk sape pasal hal-hal ni…mana aku tak sedikit gila…takdelah gila, ‘gila’…cuma agak terganggu sedikitlah. Macam mana nak cari yang bersesuaian dengan segalanya. Biasalah, dalam bab camni kita kena banyak berhati-hati. Jangan terlalu berharap dan percaya samapailah kerja siap. Bak kata orang ‘I believe when I see it…’

Adult, quotes

Sib baik jugaklah ada Google, ada forum, ada blog-blog yang banyak membantu untuk dijadikan rujukan dan benchmark. Mana tau lepas da siap nanti, turn aku pulak kongsi pengalaman ‘How to renovate your sub-sale house from null to hipster..’ ceyh ceyh ceyh….???

Apa-apa pun aku dah survey dua tiga kedai, explore berlaman-laman sesawang…sehinggalah aku terjumpa kontraktor yang buat semua skop. Esok baru nak jumpa. Harap sangat-sangat dapat memenuhi citarasa budak yang tak nak dewasa ini. Huhuhuhu

So masih berangan nak jadi dewasa lagi? Hentikanlah weyh…tak best pun. Jadilah apa korang nak jadi…tapi jangan biarkan dunia dewasa membunuh dunia Narnia, Neverland, Toys World kita. Yeah!! 

Dahlah…aku nak terbang ke langit dulu. Mana tau dapat lucid dream pergi jumpa Woody ke…pergi terbang sampai ke Pluto ke an…Sebab tu aku suka tengok FRIENDS. Tengok keletah diorang dapat kurangkan kegerunan aku pada dunia orang dewasa ni…

“Adulthood is like looking both ways before you cross the street and then getting hit by an airplane”

Till then!

galeri, phone
Galeri phone sejak dewasa

p/s: Cara-cara nak cut cost…kita shopping dekat DIY k…?

Subscribe
Notify of
guest
8 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
July 29, 2018 23:34

insyaAllah…masih muda lagi semua orang…umur dewasa tu sekadar angka sajaa…huhuhu
tapi tengok budak sekarang semua da macam dah orang dewasa…kadang lebih dewasa dr kita…

Siti Yang Menaip
July 29, 2018 23:30

tak sanggup nak dewasa tapi takboleh buat apa2.. dulu time kecik2 xsabo nak besar tengok orang dewasa seronok jaaa tapi hakikatnya.. huurm anak2 muda skrng hargaila usiamu =)

sofie adie
July 22, 2018 22:57

kan? baru merasa betapa jerihnya nak cari duit. hahahaha

haah barang diy cantik murah dan very useful!

farhanna jafri
July 22, 2018 22:52

sama lah, tak ready lagsung nak jadi dewasa. Semua kos ditanggung sendiri, penatnya berkerja tu lagi lah stress. DIY memang bagus juga barang selain murah 😀

sofie adie
July 22, 2018 01:35

it is crazy!!!! still can;t believe that I have to face these…these phase…huhuhuhu
self financing is also really really really hard! but trust me it's really worth..

thank you for your wish! semoga farah pun dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki selalu. 🙂

sofie adie
July 22, 2018 01:33

kan? tapi nak buat macam mana…life's go on and on until the end….sedih sangat!
>,<

Farah
July 22, 2018 01:28

Wow! That's a crazy task to do. The most adult thing that I'm currently doing is managing my own finance. That's it. Itu pun kadang berpeluh juga tengok duit mengalir macam air. Can't imagine myself handling matters about house.

Good luck, awak! 🙂

Beeha Azman
July 22, 2018 01:28

Biha pun macam tak ready je dengan adulthood punya life. Rasa nak jadi budak budak balik.

Scroll to Top