Akhirnya….tertunai hajat hati!

Our belief is a strap that holds our faith.
We perceive the world with openness,
so we don't get lost while thriving in it ~ SA

port, lake, architecture-6587129.jpg

Our belief is a strap that holds our faith.
We perceive the world with openness,
so we don't get lost while thriving in it ~ SA

port, lake, architecture-6587129.jpg

Salam sejahtera warga bumi sekalian!

Amboi , ceria nampak?!

Aih, mestilah dah hajat hati tertunai, sapelah tak gumbira kan?

Apa dia hajat kau, kawen ke?

Ish, kau ni…ke situ pulak, takde hajat lain ke?

Habis tu apa dia?

Aku dapat tengok LOVE SUPERMOON  dan POLIS EVO hari ni!!!

Akhirnya….tertunai hajat hati!

Ha, itulah cerita dia pada hari ini dimana saksinya di GSC, AEON Melaka…

Uish!!! Memang berbaloi-baloi tengok cerita ni, hari rabu pulak mana tidak terus bantai tengok dua-duanya sekali!….Debaran, sedih, gembira, air mata, aksi, persahabatan, keluarga dan lawak sepanjang menonton memang tak dapat dipertikaikan lagi! Syabas! Filem ini telah berjaya buat saya menangis dan ketawa dalam masa yang sama…

Love, Supermoon berjaya menambat bintang sebanyak 4/5, dan Polis Evo 4.5/5.

Tengok, masih lagi tersengih sensorang masa tengah taip ni, iyalah terbayang lagi betapa sempoinya lawak Triz dalam Love, Supermoon tu.

“Aku paling tak suka bila aku buat lawak orang tu tak gelak, pastu aku kena explain balik lawak aku tadi…”-Razak-

Memang bantailah gelak masa Love, Supermoon…hadoyai….lambat betul si Razak tu ‘pick up’…yang Polis Evo pulak, masa Khai nak selamatkan Nisa, aku pulak yang tunduk takut kena peluru…punyalah feel aksi dia…

Overall, sangat best!

p/s: kehandsome-man Sam terserlah dalam Polis Evo! :p

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top