Apa!! Tinggal 10 hari lagi?!

“ASSALAMUALAIKUM”

https://38.media.tumblr.com/4a1750cc9cf2b68c3c58799bcf2f4173/tumblr_inline_nw6s1yhfmV1sqfsm2_500.gif

Whaat?? 10 hari lagi?

Apa yang 10 hari?

Cutilah….

Ceyh! suspen kan gua aje…ingatkan apalah yang tinggal 10 hari tu. Gaya macam kena kahwin paksa pulak…hahahahah

Alah, cuti ni perkara paling besar dalam hidup student tau! Is a big deal! Really!

Pejam tak sedar, dah nak sebulan lepak kat Melaka, minggu depan barulah terbang ke Miri. Then, lepas dalam seminggu macam tu, bermulalah hidup sebagai duta pelajar di tempat praktikal.

Ni yang lemah sikit ni. Sebab apa?

Sebabnya aku ni ada masalah sikit berhadapan dengan masyarakat.

Dalam kepala ni, berialah berdialog nak jadi peramah dengan orang lah, siap boleh gelak bagai…tapi realitinya..tergagap-gagap kau nak cakap. Sepertinya ada mutiara dalam mulut macam cerita Koyla! 

Lima bulan beb! Lima bulan tu harapnya semua dapat berjalan dengan lancar. Amin!

Nak ceritalah sikit, untuk praktikal ni aku mohon dekat tempat yang dekat dengan rumah, senang dari semua segi. Tempat tinggal, makan, kereta….senang semualah cerita dia…lagipun tempat tu pernah dicadangkan oleh Uncle Ed masa kat JTS dulu. Extra lagi, kat situ pun pernah ada senior yang praktikal. Ceritanya tempat tu bagus untuk praktikal. Extra lagi, bos tempat tu adalah orang melayu. Ha….jangan kata aku racist pulak.

Dalam tempoh lima bulan tu, kami as a student geomatic kena completekan tiga subjek; 

Engineering Survey, Cadastral, dan hydrography. 

Yang engin dengan cadas aku buat dekat Miri, manakala hydro pulak dekat Perlis. Pasal job hydro dekat kawasan pendalaman yang tak menggalakkan pelajar, lagi-lagi perempuan untuk turun site. *Sedih*

Kayu betullah! *tetiba*

banyak betul kes bunuh membunuh sekarang ni, takutnya…-sebab tengah tengok berita suami tikam isteri-

InsyaAllah, Malaysia masih aman….

(German, wait for me!)

Content Protection by DMCA.com

Kongsi 

Related Posts

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terima Kasih Daun Keladi! 

Scroll to Top