Blog Header

Bazaar oh Bazaar!

text, letter, old-4095909.jpg

ASSALAMUALAIKUM

Ya salam sejahtera sekalian budiman yang menjengah ke laman merapu tak sudah! Seperti hari-hari biasa yang lainnya, kali ni inginlah daku bermurah hatinya menceritakan kisah-kisah sebagai peniaga di bazaar…

Kalau sebelum ni, aku asyik jadi sang pembeli, maka kali ni, aku pulak jadi sang peniaga.

Huh, tak tergambar penatnya…(even tadelah penat sangat…) tapi bolehlah…seronok pun ada plus dapatlah tengok-tengok pembeli (aiseh! tengah syiok menaip boleh pulak shut down…) mana cerita tadi? see, dah lupa nak cerita pasal apa….aiyooo…..

Oh, selaku peniaga bazaar di miri ni, banyak dugaannya. Sebab, kau boleh tengok orang sedut je air depan mata kau…nak tak nak, sabar ajelah…maklum lah kita duduk dalam negeri pelbagai bangsa, sama-samalah menjaga keharmonian. iya dak? jangan kerana minum air di bulan puasa, jadi isu besar pulak…tak mboh eden! Eh, menyimpang pulak cerita aku nih…pening dah nak cerita apa…

Daripada aku menyimpang lebih jauh lagi, ada baiknya aku tunjuk gambar aje…:

Makanan feveret gua yang jadi barang jualan di bazaar

(makanan wajib makan kalau datang rumah aku…hahahahah)

 

Donut yang selalu memukau deria kanak-kanak….

 

Gambar sisi gerai…:p

Antara menu-menu yang dijual di di gerai kami adalah:

-mee jawa – laksa sarawak – puteri mandi – bubur pedas – bubur kacang – buah melaka – kuih lopez – pulut berlauk – bergedil – kek sarang semut – kek buah – kek masam manis- pau kacang merah – pau kari ayam – pau kari daging – pau kelapa – maruku – donut-donut

Tak banyak sangat dan memadai dengan saiz meja dan ruangan yang ada. Alhamdulillah, so far so good lah jualannya….

Okaylah…chow lu….

Sebelum apa-apa, dengan besar hatinya inginlah daku menjemput sesiapa yang berada di Miri pada hari raya ke-2, untuk menghadiri MAJLIS RUMAH TERBUKA (bertempat di perkarangan rumah….)

p/s:

sekali-sekala teringinlah member datang rumahkan….inilah penangan kalau belajar jauh dari rumah. kawan pun tarak mau datang….

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top