Ramai yang tak tahu istilah kita itu tak semestinya hanya berlaku antara dua manusia. Ia boleh jadi juga adalah persitiwa antara sekumpulan rakan kelas atau apa jua jamadat yang hidup di alam galaksi ini. Maknanya sangat luas.
Tahun 2019 adalah tahun terakhir aku akan bergelar seorang pelajar setelah 20 tahun. Yup, 20 tahun memegang title tersebut. Dan opkos, seorang sofie ini akan mula membuat pelbagai tribute tentang zaman belajarnya. Lebih-lebih lagi zaman diploma. Sebab diploma life is real dude. Sangat real sampai orang paksa aku untuk move on dari segala persitiwa cerita tentang kita.
Aku tahu, tak semua akan ingat cerita itu dan rajin mendedikasikan cerita mereka secara public macam aku. Tapi, suka hatilah kan. Aku buat saja-saja sebagai simpanan sendiri. Sebagai senyuman untuk hari kemudian. Banyak benda aku nak buat untuk bulan akhir ni.
Maklumlah tahun depan insyaAllah segalanya baru. Segalanya dah tak sama seperti sekarang dan dahulu. Ke manakah kita? Itu semua rahsia.
Podcast project season satu dah pun habis. Nak masuk season kedua pulak. Kena promote dan buat video recap tentang semua tu. Sebenarnya, benda paling susah dalam bidang promosi ni adalah bahagian pre-production. Benda dah ada memang ada, tapi nak edit, cantikkan dia, kemaskan semua benda alah tu….tersangatlah makan masa….sampai kadang boleh tak sedar jam pukul berapa. Tu yang blog pun kejap timbul kejap tenggelam.
Aku tak harap pun orang faham tentang dunia yang aku cuba nak explore ni. Sebab dia sangat serabut dan berselirat. Kemungkinan orang akan taking kau for granted, tak menghargai segalanya itu sangat tinggi dan banyak…it’s okay it’s alright. I know it tough, but I will survive!
Berapa zaman dah kau lalui untuk lupakan segala cerita tentang kita ini? Berapa banyak dah timbunan diari yang menjadi ceritera duka, tawa dan air mata sepanjang menempuh perjalanan ini? Semua itu kau lalui secara sendirian bersama dorongan dan doa dari orang-orang yang kau sayang. Dan Alhamdulillah kau masih hidup. Kau masih bernafas, walau berkali duri ini kau pijak, berjuta jiwa yang kau sudah koyak….ia memang tak mudah. Sunyi dan air mata usah diceritakanlah….
Cerita tentang kita dengan #tribute1316 ini aku dedikasikan kepada 20 tahun dunia belajar yang sudah aku tempuhi sejak 1999 sehingga 2019.
Korang tunggu jelah igtv dia nanti. Katalah aku sentimental person sekalipun, aku tahu penghujung hidupnya kelak….video itu jua yang kau akan tatap….kala ketiadaan kita….
Till then!