Setelah hampir 8 tahun impian aku nak ada mentor dan join akademi pembangunan diri, akhirnya Aiman Azlan buka peluang kepada 150 orang untuk mendaftar jadi membership istimewa beliau.
Jadinya, tanpa berlengah lagi, aku pun telah mendaftar diri untuk join membership yang AA offer. Sebenarnya takut jugak nak join, sebab aku pun tak tahu samada diri aku ni sekadar bazirkan duit untuk join program ni atau aku memang betul-betul nak join.
Selepas 5 hari fikir, aku rasa sudah masanya aku bagi peluang dekat diri sendiri untuk reach out dan minta bantuan orang. Hahaha ironickan?
Susah jugak nak paksa diri ni untuk minta tolong orang. Itulah bahayanya bila kau terlalu lama berdikari dan survive sendiri. Disebabkan aku sendiri terlalu banyak benda yang aku tak faham dengan diri sendiri, aku harap dengan mendaftar diri pada yang pakar boleh membantu dalam memahami hidup sebenar.
Betullah orang kata, memang kita boleh belajar dari buku, tengok video…tapi lagi bagus bila kita betul-betul ada specific person yang boleh dirujuk. Atau kata lainnya ada murabbi.
Macam dua tiga entri lepas, (bertabahlah korang hadap rapuan aku untuk dua minggu lagi…huhuhuhu) aku dilema giler sampai tahap fedup nak kerja. Walaupun kerja tu benda yang aku suka, tapi bila fikir balik…aku dedikasi 48 jam seminggu untuk bekerja dengan orang, buat aku rasa worthless….
Persoalan seperti:
- adakah aku akan kerja makan gaji selamanya?
- adakah aku sekadar hidup untuk jayakan impian orang lain?
- ini ke matlamat hidup aku sebenar?
Paling teruk, masa fasa awal kerja, aku give up untuk teruskan impian legasi Orang dan Nilediting. Dalam masa tu jugak, salah sorang member ajak buka bisnes. Pergh, lagi triggered aku nak kerja sendiri. Mulanya aku cakap, agak sukar untuk aku join. Since, kerja yang sedia ada pun hanya cuti satu hari. Itu pun aku dah tak konsisten dengan Projek Orang. Mampukah aku?
(Itu tak termasuk lagi langkah paling bodoh aku buat. Dahlah, sampai sekarang aku rasa bersalah giler dengan KKD) –which turned out, aku ingat aku okay dan let go, but..stupid me of being me, it’s took forever to let go and move forward….-
Dua tiga empat orang jugak aku tanya, betulkah langkah aku kalau aku berhenti kerja dan kerja sendiri? Aku keliru! Penat betul hidup dalam sarung yang punya banyak takhta. Kadang aku suka sisi yang gelap itu, dia misteri, coldblooded, off grid tapi sayang dia tak membantu personaliti dan EQ. Jadinya, untuk tiga tahun lepas, aku cuba belajar keluar dari lautan tu.
Berjayakah aku?
Hah, you bet me! Kadang tetiba delete account. Shut down semua benda. Lepas tu, tetiba huhahuha macam semua okay…hahaha aku pun dah tak kenal mana satu personaliti yang aku perlu hidup hari ni…
Dekat tempat kerja, mungkin aku boleh bawak persona lain. Buat kerja, outperform expectation…tapi, bila balik rumah, aku rasa; this is it? what next? is this the life I’m gonna live for n years?? What if I’m stuck in this job FOREVER? What is my exit plan?
Jadinya, untuk membantu aku terangkan laluan keluar itu, aku daftar akademi Aiman Azlan.
Kadang kita perlu tawakkal sehabis mungkin sebelum letak semua kehidupan pada Tuhan.
Kuncinya aku sentiasa pesan pada diri, jangan pernah berhenti mencari, mencari, mencari sampai ia jadi realiti yang diimpi….
Moga pencarian itukan bertemu jawapan….
p/s: in case future aku baca post ni, aku nak kau tahu…yang kau worth saving. Present aku tengah bertarung untuk kau….no matter what happens, always be grateful ^_^ Penyu atau naga, kita tetap satu…..