Disebalik Orang

Salam budiman buat semua pembaca. Ini adalah tulisan pertama sejak sofieadie merubah wajah blog dia. Dalam kurang dari 20 hari yang berlalu ini, bermacam peristiwa dah berlaku.

  1. Berakhirnya kehidupan seorang pelajar
  2. Fasa menjual diri untuk berkhidmat dan membantu masyarakat
  3. Fasa ketidakstabilan kewangan dan mental
  4. Fasa permulaan kehidupan dunia kedewasaan

Cerita untuk move on selepas tamat pengajian sebagai seorang pelajar itu memang sukar. Zaman paling heaven sekali mana mungkin aku boleh lepaskan begitu sahaja. Jadi selepas dua minggu berlalu, dengan mendedikasikan video serta satu episod istimewa throwback di podcast, sedikit sebanyak membantu aku untuk move on.

Sukar memang sukar. Tapi hidup perlu diteruskan. Kita tidak boleh menoleh ke belakang terlalu lama. Jadi, dengan semangat untuk meneruskan perjuangan dan terusan memberi inspirasi dalam kehidupan, aku bertekad untuk melancarkan projek Orang secara rasmi bermula tahun 2020 ini.

Permulaan Orang tercipta

Orang adalah sebuah inspirasi yang tercetus pada tahun 2016. Entri mengenai ORANG juga pernah ditulis setelah peristiwa penggunaan kata ganti nama diri ‘orang’ diperbahaskan oleh seorang manusia. Itu sejarah asal Orang.

Siapa Orang?

Disebalik Orang ini pulak adalah:-

  • seorang manusia bernama sofieadie yang lebih suka hidup dalam dunianya yang tersendiri.
  • Manusia yang seringkali merasa sendiri dalam keramaian,
  • yang sering tertinggal dibelakang
  • dan juga manusia yang hidup dalam dunia imaginasi dan fantasi lebih dari kehidupan realiti.

Itulah Orang.

Sebenarnya untuk menjadikan fantasi itu realiti ada satu saja kunci dia. Kehendak untuk merealisasikannya. Kemudian dituruti dengan ‘Whatever it takes’. Disitulah Orang bermula.

Kenapa pilih Orang?

  • Orang adalah simbolik manusia samada secara solo mahupun kelompokan.
  • Orang banyak mengingatkan aku untuk hidup lebih dari sekadar hidup.

Kehidupan ini bukan dicipta hanya untuk kita sendirian. Banyak lagi Orang diluar sana yang memerlukan kewujudan kita untuk teruskan kehidupan. Cuma kita sedar atau tidak sahaja. Itulah sebab aku pilih Orang sebagai satu trademark untuk menjayakan Projek 2030 nanti. InsyaAllah, masih banyak lagi perancangan untuk diatur dan dijalankan.

Antaranya:-

  • Memperkasakan tulisan Jawi
  • Menjadikan setiap hari itu satu inspirasi
  • Menggalak setiap orang untuk kenal pasti potensi diri
  • Suatu platform untuk menjadi pahlawan dan srikandi
  • dan yang paling penting, kita tidak sendirian dalam dunia kegelapan dan kita mampu tanganinya sehingga bertemu Ilahi.

Platform perkembangan Orang sedikit demi sedikit akan diperluaskan. Bermula dengan blog, podcast, instagram dan insyaAllah pada masa akan datang akan memiliki channel youtubenya sendiri, merchandise dan juga e-magazine.

Aku pun masih banyak lagi benda perlu dibelajar. Kajian demi kajian, perancangan demi perancangan dan satu demi satu langkah perlu dilaksanakan. Jika jatuh, kita bangkit semula sehinggalah impian itu menjadi kenyataan. Dengan beridolakan Seth Godin, Neil Patel, Melyssa Griffin, dan Lavendaire, besarlah harapan aku untuk menjadikan Orang sebaris dengan mereka. InsyaAllah Amin.

Untuk kalian yang sentiasa menyokong aku sejak awal kemunculan blog yuhaadie, kemudian bertukar menjadi sofieadie sehinggalah kewujudan Orang, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak. Sebenarnya kalianlah sumber kekuatan dan inspirasi aku untuk teruskan hidup dan berjuang hingga ke akhirnya.

Semoga 2020 ini menjadi saksi bagi sebuah permulaan kewujudan Orang. ^_^

Ila liqa’!

 

Kongsi 

Related Posts

1 thought on “Disebalik Orang”

  1. Pingback: The Paradox of Orang | ORANG

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terima Kasih Daun Keladi! 

Scroll to Top