Blog Header

Gamophobia

text, letter, old-4095909.jpg

Gamophobia.

Orang kata maksud dia adalah seseorang yang fobia pada komitmen seperti perkahwinan. Gamo itu maksudnya “kawen” dan phobia itu “fobia”.

Kalau dilihat senarai jenis phobia ni, memang semua benda akan ada namanya yang pelik-pelik sehinggakan kita rasa nama tu adalah sekadar rekaan semata-mata. Seperti crystal-mo-phobia….

Jumaat lepas aku tengok teater “Polos” by Anomalist Production. Lepas je aku tengok teater tu, aku rasa aku macam dah faham apa misi yang aku nak capai selepas ni. Target, sasaran aku seolah dah semakin jelas. Bak kata orang putihnya, “crystal clear”!

Ah, crystal pun boleh!

Dalam crystal ada tangisan rupanya. No wonderlah ada phobia.

Berbalik pada gamophobia ni, dia adalah fobia yang takde ubat dan penawar. Sebab dia adalah penyakit psikologi yang mana kalau kita nak buang sakit tu, kita kena diri kita kena kuat semangat untuk melawan semua rasa-rasa itu.

Rasa apa itu aku sendiri tak tahu. Mungkin kita tak perasan pun selama ni kita ada phobia yang pelik-pelik. Tapi, bila diberi pendedahan dalam bentuk teater, aku rasa…rupanya aku adalah salah satu pesakit bagi phobia jenis ini. Macam tipu dan dusta kan?

Ya, ya, ya…

Orang yang couple tapi bila diajak kahwin dia tak nak = gamophobia

Orang yang takut pada komitmen perhubungan = gamophobia

Orang yang tak percaya pada cinta = ? (Philophobia)

See? -Okay, tak jelas. Fine!-

Hari tu jugak, aku terbaca satu artikel ni, dia kata…orang yang takut pada cinta ni adalah orang yang terlalu fikirkan tentang yang dia takut. Dia takut disakitkan, dia takut untuk ditinggalkan selepas dah selesa dengan orang tu. Dia takut…dan segalanya tentang takut. Biarpun semua benda yang dia takut tu dia tak pernah pun alami sendiri. Semuanya dari apa yang dia lihat, dia dengar dan dia baca. Jadi kenapa nak alami?

Maka wujudlah philophobia dan juga gamophobia. 

Serius lah? Fobia ni boleh rosakkan diri kita secara fizikal ke?

Benda fobia ni adalah kuasa minda. Seperti Ramlee Awang Mursyid kata; “Apa yang difikir itu ada…”

Jadi, bila kita fikir kita fobia pada cinta, maka minda kita akan menghantar mesej kepada seluruh “rakyat  jelata”nya dengan menidakkan semua “anasir luar” yang boleh menyebabkan “kerajaan” dia tewas. Strategi berjaya! Syabas!

Cyeh! Hanya kerana sebuah teater, kau terus mengaku ada gamophobia. Gila! Like seriously??

Kau, kalau dah berdekad hidup tapi masih tak percaya pada sebuah perhubungan lagi-lagi perhubungan serius, itu nama dia apa?

“Baguslah kau tak berkawan dengan orang, zaman sekarang ni susah nak cari yang betul-betul serius.”

Termangu.

Idaman mahu tinggi melangit, goals berlambak sana sini, “tiang” yang wajib pun masih goyah, mana bola mau masuk.

Diam lagi. Gamo-phobia…

Simptom dia semua orang boleh cari. Taip je sepuluh huruf ni, gerenti google kan kasi jawapan. Cuba tanya diri, fobia pelik ni ada kat aku atau aku buat-buat dia ada?

Hurm…buat-buat je.

Sebenarnya mana ada gamo ke philo bagai. Itu rekaan minda yang bekerjasama dengan hati menolak anasir luar dengan jitu tapi gagal. Pastu salahkan phobia. Always has something to blame.

###

Ulasan tentang teater “Polos” ?

– Untuk watak Nabil.

  • Hidup tak perlu pada cinta manusia lain untuk jadi pelengkap.
  • Kalau selama ni kau single, lepas tu tetiba nak sibuk ada pasangan sebab tengok orang lain ada pasangan walhal kau langsung takde niat pun untuk serius, aku nasihatkan baik kau back-off.

– Untuk watak Sharif

  • Cinta bukan landasan pada insiden curang.
  • Sebab kau rasa kau mampu sebarkan cinta kau, kau boleh berlaku curang. Fahaman mana ni?
  • Jangan pernah menjadi pendengar pada seseorang yang telah berkahwin. Takut sesuatu yang tidak kita jangka berlaku. Lagi-lagi dengan situasi zaman serba canggih macam ni.

Tapi kan, apa yang kita tak suka itulah nanti yang kita akan buat. Tanpa kita sedar. Kita rasa ianya okay, tapi sebenarnya tidak.

Overall, aku kasi 4.5/5 sebab teater ini aku berjumpa jawapan bagi segala persoalan yang aku sendiri tak tahu benarkah itu soalan yang aku tanya.

Dari segi persembahan dan pelakon, Anomalist Production tak pernah mengecewakan peminat teater. 

###

Jangan kata aku tak warning. Benda hati jangan dibuat main. Sakit dari hatilah munculnya penyakit fizikal.

Kebiasaan kita adalah ketidak selesaan orang lain dan keselesaan kita juga adalah ketidak senangan bagi orang lain.

Dalam istilah “berkawan”, selalunya siapa yang akan “Jatuh” dulu?

p/s: Jangan tipu hati sendiri.

Subscribe
Notify of
guest
4 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
May 15, 2018 00:31

Maybe….same goes to me…but it depends on us. Becoz we control our own fear…

Cjo Cjo
May 15, 2018 00:30

saya dri kecil hingga besar pnjng nih still xder pakwe sbb xpercayakan lelaki , it is still gamophobia ?

sofie adie
April 20, 2017 13:31

ni ajelah komen dia..huhuhuhu

Hanis Amanina
April 9, 2017 00:40

Haaa, Sofie cepat publish komen2 yang ada, terlupa dah komen ke belum. HAHA

hanisamanina.com

Scroll to Top