Blog Header

Hijab Wakanda

text, letter, old-4095909.jpg

Assalamualaikum kepada semua warga maya yang masih setia menatap laman aku yang tidak lama lagi akan bertukar ke alam lain. Aku harap semua dalam keadaan baik-baik sahaja hendaknya.

Hijab Wakanda.

Ada orang cakap, aku ni terlalu kuat berimaginasi sampai menyerap unsur dalam movie ke dalam realiti. Aku hanya gelak bersahaja. Dah nak buat macam mana. Kadang aku harap sangat yang hijab wakanda itu wujud secara realitinya. Baru orang tahu jarak personal kita dalam masyarakat. Takdelah sesuka hati main terjah zon kita.

Hormatlah pada radius hijab wakanda ni.Ada masa kita kecilkan radiusnya, ada kala pula sebesar alam semesta kalau boleh. Jadi orang tak perlu datang dekat dengan kita atau berada terlalu hampir sehingga buat kita tak selesa.

So apa cer aku nak bebel pasal hijab wakanda ni?

Ada satu orang manusia ini, dia seakan tidak faham pada personal zone yang buat aku takdelah bengang tahap giga, cuma buat aku rasa sangat tidak suka dengan ketidak fahaman dia terhadap zon selesa kita. Lagi-lagi stranger. Aku tak tahulah samada hijab tu yang terlalu tebal atau aku yang terlalu menjauhkan diri dari dunia sebenar yang buat aku rasa kalau boleh mahu duduk dalam gua. Lolz!

radius, distance, personal, space

Normalnya, semua orang perlu pada personal space. Zon yang kita selesa bila hidup dalam keramaian. Zon tu tak besar pun. Cukup 2 ke 3 kaki dari kita dah memadai. Kalau orang tu kita selesa, takpelah nak zerokan radius hijab wakanda tu.

Buat masa sekarang untuk manusia macam aku ni, aku rasa radius tu semakin membesar. Ada satu kilometer barangkali. Kalau boleh elak zon keramaian tu memang aku akan elak sehabis mungkin. Phew! (perasaan lega bila dapat keluar dari crowded places)

hijab, wakanda

Imaginasi aku setiap kali ada stranger cuba approach zone selesa aku. Hahahahah

Kalau boleh dia masuk je kaki, orang tu dah terpelanting jauh. Siap dengan sound effect ‘zoop’ bagai. Oh imaginasiku sungguhlah kau sahabat paling baik untuk dunia kita. ???

The best friend in my entire life is always being my imagination. Do you still have your imagination friend?- Aku sambil taip sambil angguk-

So, in case orang macam pelik dan tertanya-tanya apa lah benda hijab wakanda ni, simple je jawapan dia.

My personal space in a social world. Thank you Black Panther for the awesome name. Wakanda forever! (sambil buat gaya tangan bersilang)

Adios amigo. Wa chow lu, papehal roger!
Subscribe
Notify of
guest
8 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Shahida Dzulkafli
December 6, 2018 05:41

Ramai yang tak sedar bab nie.. personel space ni kita kena hormat.. tak boleh seauka hati nak ceroboh.. setuju dengan perkongsian nie..

sofie adie
December 4, 2018 01:19

haaa.Ana yang dah lama tak dtg…dah nak dekat setahun jugaklah…tu pun hajat nak tukar lain dah…insyaAllah… masih dalam proses.
betul2…setuju sgt…

takpe komen panjang2…^_^ seronok baca

Ana Fatihah
December 4, 2018 00:44

Wahhh, comelnyaa rupa baru blog ni. Ke dah lama sebenarnya? Haha nampak tak dah lama tak singgah sini.

First tengok tajuk, serius ingatkan hijab tu stand for tudung. Haha bila baca baru paham. Betul sangatlah, setiap orang ada their own personal space. Memang kena jaga benda tu, sebab ia termasuk dalam adab jugak.

Contohnya, dalam rumah orang. Jangan sesekali usya dalam rumah tu. Apatah lagi mengintai, lagilah tak boleh! Dalam islam, kalau pegi rumah orang nak bagi salam pun. Adabnya takleh duduk betul2 depan pintu, kena duduk tepi sikit sebab bila tuan rumah bukak pintu takdelah kita nampak direct dalam rumah dia. Sebab dalam rumah dia, boleh jadi ada aurat terbuka atau benda2 yang dia tak selesa kalau kita orang luar tengok.

Eh, panjang pulak komen. Sekadar sharing di malam hari. Hihi 😉

sofie adie
November 27, 2018 23:21

salam yana! haaa…yana yang lama menyepi dari dunia blog ni. hehehehe
^_^!

The KehalusanKelembutan
November 26, 2018 14:04

salam , hai sofie ,lain dah blog sofie , lama dah bukak

sofie adie
November 21, 2018 21:40

hahha benar ya bah…

aienie NKA
November 21, 2018 20:09

Hijab wakanda yang tak semua orang boleh nampak. haha

trackback
June 3, 2020 12:13

[…] serabutkan hidup untuk rapat dengan orang baru. Bagi kau, orang baru cukup sekadar di zone hadapan Hijab Wakanda atau kata lainnya stay as stranger as you […]

Scroll to Top