Close-up of hand writing in notebook using a blue pen, focus on creativity.

In Presence

Dari hari tu lagi aku termenung panjang. Kalau aku teruskan menaip tanpa merenung, confirm dah berjeda entri setiap minggu aku up. Tapi, itu semua sekadar mainan dan tatapan sendiri. Nak dicerita kat sini itulah yang berakhir dua minggu kesepian.

Alhamdulillah minggu kegemaran ini berlalu dengan tenang. Minggu yang paling syurga sementara. hahahaha…

Tenangnya makan buah limau tanpa gangguan dan hiruk pikuk yang tiada pula aku terlibat tapi tetap juga rasa berselirat. Semoga baik-baik semua. Aminn

Oh ya, minggu yang sudah aku marathon satu drama Korea paling tip top lah untuk aku. Cerita dia bertajuk ‘Mouse’. Korang silalah tengok. Ceritanya buat aku nak marah diri sendiri bila skip. Yelah banyak sangat suspen dia dah macam tengok cerita seram. Padahal cerita thriller je pun nyah…

Nasib cerita tu ada dekat Prime. Sedang aku ralit scroll reels nak cari ilham cerita apa nak ditengok, tetiba snippet cerita ‘mouse’ ni lalu. Itu yang terus on dan cuti panjang tempoh hari aku dah khatam. Itu yang termenung sekarang ni…tengah lost la tu… hahaha

Biasalah bila dah habis satu-satu series tu dia punya rasa lost semacam. Nak tengok cepat-cepat sebab nak tahu ending. Tapi bila dah habis, termenung kenapalah aku tengok cepat-cepat…Dilema betullah…

Sebenar aku masih di fasa sitcom ‘Everybody Loves Raymond’. tapi cerita tu macam mehh…sama macam cerita sitcom ‘The Nanny’ yang blergh….

Jadi aku layanlah cerita ‘Georgie and Mandy’s First Marriage’. Disebabkan cerita ni masih on-air, jadi dia masih tak lengkap. Tunggulah sampai series ni habis dulu. Ni cerita sambungan selepas ‘Young Sheldon’. Aku rasa macam takkanlah ‘Young Sheldon’ dah habiskan…hanya semata ending dia…hurmmm

Tu lah…setiap cerita ni mesti ada ending dia. Mesti punya…bila takde ending, rasa macam meleret pulak.. macam-macam hal lah!

Sementara cuti yang panjang ni, confirm ramai seller buat promosi. Jadinya masa sale CNY hari tu sempatlah rembat satu item idaman kalbu ni. Bukan satu mat…hahahaha.

Well, aku nak berterima kasih pada diri yang sentiasa menyental tandas dan bilik mandi supaya ia sentiasa dalam kondisi shine bright like a diamond. Yang setiap minggu menyapu, vacuum, cuci kipas, basuh baju, iron semua dan sentiasa berada dalam kondisi tenang walau itu ini perihal yang bikin kami goyah. Tapi, sebagai penghargaan, kita sapu mana sale yang boleh di sapu.

Supaya diri ini sentiasa semangat untuk meneruskan perjalanan kehidupan yang penuh misteri ini. Dan semoga jalannya dipermudahkan dan jiwa kami diperkuatkan untuk menghadap cabaran. Aminnn.

Jadinya, setakat sapu sale 2.2 dengan ketahanan pada hidup mendatang tu apalah sangatkan hahahaha….iyakan ajelah labu…

Puas hatilah menengok live, letak reminder sampai seminggu lamanya untuk barang kita idam. Ada yang lebih dari setahun pun ya. Cuma harga tu masih lagi belum menyusut. Tunggulah sale akan datang pulak. Mana tahu sale masa raya nanti lagi kaw-kaw kan. Tonton sekadar kutip point pun jadilah…

Sebelum aku undur diri saja nak pesan…hidup kan, sentiasalah merendah diri….takde sebab pun nak mendabik dada merasa diri bagus dari semua. Tidak…itu semua perasaan yang akan menghancurkan diri semata. Jadi, be humble always…bukan humblebrag…

Sebab tu aku malas nak ambil port dalam hal-hal yang bukan lagi membawa kebaikan pada keamanan hidup….

Bukan kau sahaja bintang utama dalam dunia ni. Semua orang adalah watak utama hidup mereka. Sudah-sudahlah jadikan diri kau watak utama dalam hidup semua orang…

Okay…

Pesan untuk diri aku jugak…sibukkan dalam memperbaiki diri daripada lihat orang. Okeh? Dah tak payah nak makan hati dengan soalan sinis kau takde bolster selama ni. Ingat ni…ingat sampai bila-bila.

Orang takkan ada masa kau terdesak, yang mereka tahu, mereka nak kau raikan mereka masa kau senang. Walhal masa mereka senang, bayang pun tak jengah pada kita. Bila terdesak baru tanya berita.

Semoga kehidupan kita semua baik-baik hendaknya.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top