Blog Header

In the end…

carnation, carnation bud, flower-7754169.jpg

Aku ngantuk dah ni sebenarnya. Tapi otak bising.

Nak rasa kecewa, tapi tak jadi. Nak rasa itu ini, semua rasa tu aku hanya tahan. Sebab aku cuba untuk letak diri dekat tempat diorang. Makanya, aku hanya diam dan bermenung hingga kantuk mata dibuatnya.

Lelah!

Hidup ini memang hanya lelah kawan. Yang buat tenang adalah mindset dan perspektif kita terhadap dunia.

Aku berdoa dan harap sangat fasa kehidupan kita dunia akhirat dipermudahkan. Aminnn

Kadang tengok kita pulun bagai nak rak, tapi in the end tetap jua kena pulun di sana, terasa rugi giler amal.

Aku bukanlah mukmin sejati, tapi kecenderungan untuk sentiasa membaiki diri itu sentiasa mahu dan mahu. Sebab tahu, kita ini bukanlah maksum…

Tuhan tolonglah…tolonglah limpahi kami dengan rahmah dan hidayah. Apalah sangat amal ini jika dibanding dengan rahmat kasih sayangMu…

Tuhan, hari ni aku syukur. Syukur masih punya ingatan untuk sentiasa mengingatiMu. Syukur atas segalanya.

Tuhan…

Kau permudahkanlah urusan dan berilah kecukupan kepada orang disekeliling kami.

In the end, kasih kita pada manusia akan terbukti pada ketiadaan kita. Kasih orang pada kita jua hanya terserlah pada saat mereka tidak punya apa.

Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku merepek. Serius mata dan ngantok. AO untuk hari rabu akan rehat. Rabu untuk rehat. Rabu untuk rencana. Rabu untuk rancang…

Semoga dipermudah segala urusan dan diperlapang jiwa.

Till then…

In the end, it doesn’t even matter…

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top