Blog Header

It ends with me…

sea, sky, clouds-6553205.jpg

Sejak dua menjak ni, aku banyak baca dan tengok orang share pasal ketidak bahagiaan selepas ke fasa membina keluarga. Ada yang cakap, burn out. Rasa macam itu. Rasa macam ini. Tak puas hati etc. etc. Jadi, kalau orang tanya ‘Kau bila lagi?’, kau rasa aku nak ke hadap semua benda tu?

Geleng.

Aku lebih selesa dan rela sendiri.

Dari mencari masalah. Benda takde masalah, pergi cipta masalah. Padahal aku boleh cegah dari awal.

Bukan melawan fitrah, tapi aku tak rasa untuk teruskan generasi ini dengan keluhan dan rungutan dari para ibu bapa dalam renyah mendidik anak. Aku ada pilihan untuk tak teruskan.

Tarik nafas panjang.

Alhamdulillah aku masih tidak perlu pada komitmen menjaga hubungan sesama manusia. Cukuplah keluarga yang aku ada ini. Cukup adanya.

Serik. Trauma dan agak tidak menjaminkan yang bahagia itu ada bila bekeluarga. Lagi sendiri ini tenang-tenang, bahagia.

Ini apa yang aku rasa berdasarkan pemerhatian aku. At least zaman single, sakit perih jiwa kau, kau tak terbeban untuk menjaga perasaan orang lain. Kau just jaga diri kau je. Cukup. Habis cerita.

Hidup ni simple. Kau bahagia macam ni, usah dipeduli pada apa yang norma gariskan. Itu garis yang boleh diubah. Bukan kewajipan pun untuk ikut jalurnya.

Well, julung kalinya aku rasa bertuah giler sebab kekal sendiri hingga sekarang. Kekal setia dengan diri sendiri tanpa susahkan hidup orang. Jatuh bangun, aku masih punya aku dan Tuhan. Itu yang pasti. Orang bebila boleh datang dan pergi.

Aku pun dah give up jadi gam dan plaster untuk semua orang. Ada masanya aku hanya mahu jadi dandelion. Tenang-tenang diawan.

Aku tahu, dalam berjuta cerita pahit, ada je yang terselit manis. Indah itu jarang dicerita. Balik-balik, yang terpekik lolong semua cerita pahit. Mungkin ada pernah terdetik untuk ke transisi seterusnya….tapi…buat masa sekarang, aku rasa….cukuplah setakat ini….

Kita masih punya pilihan…..

Untuk korang yang berbahagia diluar sana, teruskan kebahagiaan itu. Tahniah! Aku doakan semoga korang kekal bahagia hingga akhirnya.

Untuk yang masih keliru pada apa yang dirasa, usahlah dipermain pada mereka yang benar-benar bersedia. Betulkan diri sendiri dulu sebelum melibatkan orang lain dalam apa-apa jua rencana.

Aku pun dah pening benda apa yang aku bebel ni. Baik aku sambung layan series aku yang masih berbaki 4 episod. Benda ni hari-hari sembang pun tak kemana. Moga dipermudahkan urusaan kita semua. Aminnn

Till then, semoga husnul khatimah!

Adios.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top