Itu ini begitu begini…

Our belief is a strap that holds our faith.
We perceive the world with openness,
so we don't get lost while thriving in it ~ SA

river, malacca river, city-957016.jpg

Our belief is a strap that holds our faith.
We perceive the world with openness,
so we don't get lost while thriving in it ~ SA

river, malacca river, city-957016.jpg

Well gais! Pa habaq semua?

Kabare? Lama tak dengar citer. Aku harap korang sihat adanya. Aku lesap pasai pi Melaka itu hari. Pastu lupa yang kau ada banyak hidup online yang perlu diupdate. Saja buat lupa….dan lesap dengan realiti.

Well, realiti aku hanya lesap bersama series dan movie saja. Lepas tu, hilang dalam dunia kerja. Walau hari-hari kau berdoa supaya hidup tidak bergantung dengan gaji semata, tapi so far doa kau masih bergantung pada gaji untuk hidup.

Masa balik Melaka hari tu, aku sempatlah belek nota zaman belajar Diploma dulu. Bapak rindu giler sia dengan aku zaman tu. Begitu bersemangat, bercita besar…sekarang aku sendiri wonder, mana pergi aku yang itu?

Apa dah jadi dowh dengan aku yang sekarang?? Terlalu laid back dan bergantung pada apa adanya. cheyyyy! Hurm….

Lepas tu, aku pun hilang lagi dalam mencari aku yang dulu. Aku dulu pulak terlalu mencari aku yang hidup pada tahun 2030. Habis siapa yang nak kisah dengan aku yang hidup di tahun ini? Aku pun dah tak kisah dowh dengan diri aku. Kau nak jadi apa pun, jadilah. Orang? Alien? Manusia? Hilang dari dunia nyata? Who cares…

Kau lesap, just hilang…no one ever cares….

Right?

So, dalam itu ini begitu begininya aku just bersyukur sebab aku boleh dan mampu hidup adanya.

Nak berhenti, tak perlu risau itu ini sangat. Sebab kau pun takde hidup yang perlu ditanggung sangat. Realiti dunia itu perit. Tapi, kau pejamkan mata dan kaburkan saja ia. Sebab buka mata pun kau tetap buta. So, dunia hanya tempat untuk dua jenis manusia saja. Traitor dan Thiefs. 

So, kalau orang macam aku yang naif dan jujur ni, memang beginilah hidupnya. Jadah nak jadi traitor. Lagi pulak thief’s. hurm….

Aku rasa aku perlu kembali ke jalan yang benar dowh. Aku dah terlalu lama hilang dalam dunia yang tiada landasan ni. Angan-angan takde. Mimpi pun takde. Realiti pun tak berpijak. Dunia apa yang aku hidup sekarang pun aku tak tahu. Apa masalahnya?

Masih keliru?

Nah….aku dah habis fasa keliru. sekarang fasa ‘peduli apa aku’. Fasa yang buat aku rasa bila-bila masa aku boleh buat kerja gila tanpa perlu bagitahu sesiapa, dan aku yakin takde siapa akan kisah sebab itu memangnya aku. Yup…

So, kau, pe cer? Nanti dah settle urusan kau, aku rasa boleh back off kot dari hidup korang. Welcome to adulthood be like…

Kita semua tinggal memori teman.

Dah lah…takat tu saja update dari aku. Nak layan The Hangover lu. Papehal roger.

Adios!

Be well buddies!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top