Blog Header

Journal Geomatik Selepas 10 tahun

surveying, equipment, measurement-3035404.jpg

Ramai junior masih guna blog ni sebagai rujukan setiap kali google pasal geomatik. Betul ke?

Hahahaha perasaanmu sajalah Sofie. Blog kau pun dah tak berapa relevan untuk dorang. Entri pun dah expired. 10 tahun beb kau tinggalkan dunia geomatik. Well, tidaklah 10 tahun. Mungkin dalam 7 tahun.

Tahun 2013 adalah tahun dimana seorang sofieadie ni membuat keputusan untuk merantau ke negeri Perlis. Instead of mengikuti kehendak pasaran dalam menyambung pengajian, aku pulak ikut rasa negeri mana yang belum jejak. Sudahnya, disebabkan nak pergi Perlis, aku pun pilih kos Sains Geomatik ni. Ish ish ish ish….semua orang yang dengar pakat geleng kepala.

Kamu ni memperjudi masa hadapan betullah… – itu kata mereka.

Tapi bagi aku, membuat keputusan sebegitu rupa adalah suatu kebebasan yang banyak mengajar aku erti kesederhanaan. Once kau dah merasa betapa tenangnya kehidupan di Perlis, kau akan auto mengaku yang Perlis itu kampung kau. Even kampung kau sebenar bukanlah disitu.

Dah hampir 4 tahun aku tak pulang Perlis. Rindu pula rasa nak bersantai ke sana. Ambil dan hirup udara Perlis. Hari tu aku sempat jejak Kedah. Itupun atas urusan kerja. Sekejap sangat.

Untuk adik-adik yang mencari entri perihal Geomatik dan inginkan kepastian ‘apakah dunia geomatik’ ini memenuhi kehendak pasaran?

Aku akan jawab ya. Ya Geomatik sangat perlu dalam pembangunan negara. Kita dekat Malaysia ni kekurangan pakar dalam industri Geomatik. Maka, korang jangan ragu-ragu untuk menceburi bidang ni. Even aku sendiri tidak meneruskan pengajian dalam industri ni.

Habis tu kenapa akak tukar kos?

Oh, sebab saya lebih berminat dengan industri hartanah. Menguruskan bangunan even ianya kadang-kadang buat saya rasa Ya Allah, apalah yang pelik sangat masalah yang datang ni? Bunyi macam simple ‘Uruskan hartananh dan bangunan’, tapi hanya bangunan dan Tuhan saja yang tahu apakah masalah yang dihadapinya.

Seronok ke belajar Geomatik?

Seronok! Sebab kau belajar dalam pelbagai situasi pembelajaran. Kau ada kelas, ada lab, ada site dan ada projek. Semua tempat kau akan explore. Tamakkan? Masa usia punya keinginan explore sesuatu yang tinggi, ada baiknya kau explore segalanya. Usah terlalu bertapuk dalam gua.

Ha tengok akak korang ni, bersungguh memayungi total station. Ni kalau korang cari LinkedIn sorang-sorang dalam gambar ni, alhamdulillah semua berjaya dalam industri geomatik. Terutamanya Madam Mun Zack. Itu antara rakan sepengajian yang paling sukses. Sebagai rakan satu batch, aku bangga dengan pencapaian beliau walau dah lama giler tak contact. Adatlah itu adik-adik. Bila kita dah habis belajar, dan mula berkecimpung dengan dunia kerjaya, perlahan-lahan kita punya circle mengecil. Yang meneruskan kehidupan dengan alam rumah tangganya juga sudah tidak sama.

Lambat laun dunia kita hanya kita yang menentukan ianya ke arah mana. Jadi usahlah terlalu digusarkan pada masa hadapan itu. Tidaklah iakan menambah apa-apa kebaikan melainkan menarik segala keseronokan berkali ganda.

Semacam tua benar saja kamu ni.

Iyalah, siapa sangka kita akan berjaya dengan cara yang lebih baik dari segala perancangan yang kita hendak. Makanya disini, Allah adalah sebaik-baik perancang. Jadi kita kena yakin tu. Yakin pada Dia.

Kita merancang dan berusaha semampu daya. Yang tentukan adalah Dia.

Senyumlah ^_^

2013 – 2023

Apa yang saya belajar?

Hidup ini sebuah perjalanan. Bukan berkenaan destinasi tetapi bagaimana kita menghadapi setiap cabaran dengan lebih tenang tanpa mengenepi syariat Ilahi.

Okaylah takat ni saja bebelan aku. Aku doakan semoga segalanya dipermudahkan buat kalian dunia akhirat.

Moga husnul khatimah!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top