Bulan dua dah pun berlompat meninggalkan kesan debu yang tebal di meja yang kononya workstation dia di rumah. Alhamdulillah, aku kembali lagi untuk ke sekian kalinya.
Bulan Februari aku jadikan ia bulan hiatus buat detoxing dan rearrange balik misi hidup. Walau hakikat sebenarnya aku penat untuk teruskan impian. Tapi, impian takkan mudah digapai tanpa usaha yang berkekalan.
Antara peristiwa drastik berlaku sepanjang 29 hari yang lalu:-
- Aku turn down satu job kawan aku
- Aku terminate Nilediting service.
- Aku buat akaun IG personally hanya untuk privilage member sahaja.
- Official ig for promotion thingy dijenamakan semula sebagai ‘Podcastorang’ instead of ‘thesofieadie’.
- Aku wipe off seorang manusia yang munculnya cuma untuk 3 hari
Apa sebenarnya yang aku dapat hasil semua peristiwa kat atas?
HIDUP DALAM RASA BERSALAH TAPI IN A GREAT WAY…
Bila kau hilang sesuatu, kau jumpa sesuatu. Ye, kadang bila overwhelmed aku selalu jugak hadapi situasi dimana rasa macam nak cut off semua orang immediately…rasa macam nak lari dari grid, off radar dan bermacam rasalah…disebabkan suatu peristiwa yang bukan kuasa kau pun untuk kawal….
Yang aku syukurnya, kali ni aku boleh reheal dalam waktu yang singkat. Dua minggu!
Kalau based on previous experience, aku akan ambil masa paling singkat tiga bulan untuk pulih dari situasi sebegini. Dengan sokongan dan dorongan suasana tempat kerja buat aku perlu untuk pulih sesegera mungkin. Tiada jalan lain dah untuk tingkatkan diri sendiri selain keluar dari dunia ketakutan kau tu.
Segala macam phobialah kau boleh senaraikan…dan sambil melupakan otak dari fikirkan semua tu, aku cuba jugak distract fikiran dengan layan series The Big Bang Theory sebanyak 12 season. Dan distraction itu hanya berjaya untuk seketika….nak atau tidak, aku perlu menjawab soalan diri sendiri,
“Sampai bila kau nak takut dengan semua benda???”
“Sampai bila kau nak lari dari semua komitmen dan responsibility???”
Kau bukan tak boleh bagi komited. Bahkan kau sendiri sedia maklum yang kau itu seorang yang setia. Setia tidak berbelah bagi once kau dah terlibat.
Bermacam persoalan sampai aku rasa macam….adakah aku sedang alami mid life identity crisis?
hahahahaha….kelakar! But it’s real though….aku ucap terima kasih gila pada semua kawan yang cuba untuk faham situasi ‘gila’ aku ni. Yang kadang aku sendiri sebenarnya tak tahu apa sebenarnya berlaku. ..
Yeah, ini adalah diari bagaimana Orang akan kembali untuk March 2020 ini.
Attachment dan detachment issues pun kadang buat aku trauma. Pada apa, aku sendiri tidak tahu. Kadang rasa macam bodoh gila sebab tak berfikiran waras. Kau nak beri inspirasi pada orang, tapi kau sendiri fragile….how come orang akan ambil pengajaran???
Mungkin aku overact and terlalu letak expectations yang tinggi pada diri sendiri sampai satu tahap, aku hilang……
hilang seolah manusia tiada Tuhan. Sedikit hilang pedoman…..
Tapi….dengan wujudnya Projek Orang, Podcast Orang dan segala macam misi yang aku sudah uar-uarkan, buat aku rasa macam…this project are the cure of all the illness that I hold.
Podcast Orang adalah kunci yang membantu aku lepaskan segala beban dari beg yang aku sandang entah milik siapa-siapa….
Lepaskan beban yang bukan kuasa kau untuk kawal….
Dan 29 Februari…
Aku kembali membawa sirna buat diri dan buat mereka yang mengalami situasi yang serupa tapi sukar dicerita kerna yang mendengar tak semua faham situasi yang kita rasa….
Aku harap kita semua akan terusan diberi kekuatan untuk buang segala beban, beg dan segala rantai yang membelengu pemikiran dan jiwa kita dari terus maju kehadapan. Cerita itu kompleks.
Oh ya lagi satu, sepanjang aku cuba pulihkan diri yang hilang waras itu, aku cuma implementasikan gaya hidup Stoic. Dan ia banyak membantu….aku follow apa yang Jordan Peterson, Seth Godin, dengar podcast daily stoic….dan here i am….writing for the comeback….sedikit tertampar juga sebenarnya dengan segala kenyataan mereka. Tapi, itulah yang aku perlukan. The UGLY TRUTH yang menampar kau supaya kau sedar, yang selama ni kau pentingkan diri sendiri.
Moga March dan seterusnya menjadi bulan pemula yang baru untuk aku kembali teruskan perjalanan.
Kadang sesat itu bagus…tapi membenarkan diri untuk sesat selamanya, ia boleh memberi ruang pada entiti lain untuk mengambil alih takhta. Please, don’t make me let that things happen again….
We are once a broken soul…hardly ask for the help because we were afraid of being label as a weak…the truth is, asking for the help is never weak, but letting yourself swallow all the pain it is called selfish and the major of all the weaknesses….. – sofie
sis nak ig personal please. hehe
All the best sis,, for better life ..