Kembalinya Podcast Orang

Jun 22, 2020 akan dipilih sebagai tarikh pengaktifan season 3 bagi podcast Orang.

Kenapa 22 June?

Kalau ikut wiki dia kata:

the 173rd day of the year (174th in leap years) in the Gregorian calendar. 192 days remain until the end of the year. On this day the Summer solstice may occur in the Northern Hemisphere, and the Winter solstice may occur in the Southern Hemisphere.

Malaysia berkedudukan di Northern Hemisphere. Supposedly idea podcast ini bertema summer, riang ria dan ceria. Tapi tidak. Sebabnya, imaginasi aku sekarang terletak di Southern Hahahaha….tidaklah begitu terletak. Cumanya, aku selalu dapat idea masa aku tak nak berfikir. Ha…..masa tulah idea tetiba mencelah.

Since aku sejenis manusia yang suka conteng, aku main connnnnteng je apa benda yang dia repekkan. Aku tak tahu pun apa sebenarnya. Lepas dah habis conteng, bila baca balik itulah yang mencetuskan idea yang lagi merepek.

Merangkak Atas Angin

How??? Why??? What???

Kau dah kenapa nak merangkak atas angin dowh?

Entahlah…macam aku kata, dia yang usulkan idea itu, aku hanya ikut saja…Output dia aku just ikut apa yang dia mahu. So far aku dah siap menamakan semua title bagi setiapa bahagian, merekod dan mengedit dua episod bagi bahagian pertama Season ke-3 ni.

Mesej?

Macam takde. Cumanya, aku suka bila dapat eksperesi diri melalui penulisan dan deklamasi. Ah, tak ramai pun yang akan dengar punya. Budak sastera pun belum tentu nak dengar idea kau. Tapi takpe, janji aku dah buat apa ynag dia suruh. Aku pun okay saja sebab idea dia seem dark, epic and hysterical.

At least kau tak hipo…

Dan kemungkinan jugak ig story aku akan dipenuhi dengan lagu-lagu yang emo, dark, rock dan yang pernah ada bersama aku dengan dia sepanjang kitaorang harungi perjalanan dunia kedewasaan bersama…

Itulah dia sedikit cerita ringkas tentang kembalinya podcast Orang dengan kemunculan penambahan pada nama: The Paradox of Orang.

Aku banyak jugak guna draft buku yang tak pernah siap dan juga beberapa entri blog dalam season kali ni. Korang tahulah mana nak dengar. Spotify, Google Podcast, Tele dan lain-lain.So yeah..

“I may not be the greatest light that summering your life, but I am always being your ally through the coldest fight…” ~ ORANG~

Content Protection by DMCA.com

Kongsi 

Related Posts

Terima Kasih Daun Keladi! 

Scroll to Top