Blog Header

Lamunan 20 sen

Lamunan 20 sen

“Akak ada 20 sen?” pertanyaan budak itu membuat langkah aku terhenti.

Mulanya, aku ingin menyeluk poket seluar ingin mencari wang yang diminta. Tetapi, olahku terhenti saat mata tertacap pada sepuntung rokok yang terletak kemas pada jemari halusnya. ‘Apa yang dia mahu buat?’ desisku.

Bagi tidak memanjangkan pemikiran itu, aku hanya menggeleng sambil tersenyum yang aku memang benar-benar tiada syiling 20 sen (untuknya). Helaan panjang kuhembuskan setelah dia berlalu dengan penuh kekecewaan kerana permintaannya tidak ditunaikan.

Kalau budak itu lelaki, mungkin akalku boleh mencernanya. Tapi, ini perempuan. Dan masih dibawah umur. Berkemungkinan sekolah rendah tahap satu. Bukan aku mahu bersikap prejudis,…ah! abaikan dia. Dia bukan sesiapa…

“Kak, apasal akak tak suka dia?” aku pandang dengan mimikan selenge. Bukan mahu menghina dia yang dikata mereka aku susah untuk menerima kewujudannya. Aku tidak tahu perkataan apa untuk menerangkan yang bukan aku tidak suka dia, tapi…dia adalah manusia yang aku sepatutnya tidak dipertemukan. Argh!!!!!

“I think, I have to take a break for a while. To change my perception of view…”

“Where you want to go?”

“I don’t know. I just want ME time for now on…”

Dan mereka faham. Aku perlukan rehat. Barang seketika. Namun, peluang itu datang tidak mengira kau lelah atau penat, dia kan tetap menjengah. Baru sahaja aku putuskan untuk mengosongkan hujung mingguku dengan sebarang aktiviti luar, satu notifikasi masuk.

“Sofie, kalau kau betul-betul nak explore dunia bisnes, kau joinlah program ni…” link yang disertakan bersama tawaran itu aku buka. Wow! Ini bukan sembarangan peluang ini. Dan, hadirnya aku pada kelas pertama program itu, ia seolah batu loncatan untuk aku terapung lebih tinggi…insyaAllah.

Dan pandanganku tertala pada syiling 20 yang aku kumpul untuk dijadikan wang saku sarapan harianku.

20 sen.

Agaknya, siapa yang menyuruh budak itu membelikan rokok? Tergamaknya dia…

Aku hanya mampu tersenyum. Tersenyum melihat gelagat dunia dan isinya. Yang aku sebagai penghuni pun tidak akan pernah faham.

Cerita ini tergantung…sama seperti pemikiran aku pada ketika melihat puntung rokok tersepit di jemari budak perempuan itu…penghujungnya, tiada siapa tahu….

Persepsi itu…harus diputar. Fokusnya jua, aku harus ubah agar ia kembali bersinar.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top