Hai Geng! Lamanya rasa tak borak kat sini ye?
Sombong dah ea tak layan blog sejak ada profile Lemon Lapan kau tu. hahahaha…Tidaklah aku ni rajin nak fikir idea untuk dikongsi sebenarnya. Cuma, bila dah ada idea tu, cepat-cepatlah update entri baru. Serius update blog sebenarnya lagi senang dan chillax berbanding dekat sana. Huhuhuhu sebabnya sana bila banyak contest, auto persaingan tu sengit sikitlah. Tapi tu lah….aku gagahkan jugak update satu post setiap hari. Mana tahu ada rezeki dapatlah menang mana-mana contest kat sana.
So, korang masih aktif men-Google lagi ke game-game yang free tanpa iklan dah boleh leka depan PC tanpa sedar?
Kalau setiap kali tak tahu nak main game apa, aku ada satu port game untuk korang. Baru-baru ni aku terjumpa sebab ada terbaca dekat blog Anak Denasor (betul ke ejaannya ni?) kalau tak silap. Tu yang laju je aku mencuba hampir semua game dekat sana.
Nampak je grafik game dia simple, tapi susah jugaklah nak faham. Adeh!
Kadang kitanya nak main game untuk enjoy je, bukan untuk stress. Kalau nak stress-stress baiklah aku pi buat kerja fikir content ye dak?
Nasiblah ada jugak game yang mudahnya dan paling aku suka dan geram kenapa sampai sekarang aku tak faham.
Game tu adalah…Game Choco Loco
Since aku masih belum berkesempatan upgrade laptop ni jadi PC gaming, jadi game-game yang ringan ni still okaylah untuk aku layan santai-santai.
Iyaa….zaman sekarang ni kau main game pun boleh pandai memasak. Percayalah. Sebab simulation game ni adalah gambaran dari dunia sebenar jugak.
Katalah korang ni dulunya bukanlah rajin memasak, tapi sooner or later rasa teringin pada masakan sendiri tu akan ada. Percayalah…
Awalnya, aku just explore mana game yang ada…tapi game paling lama aku sangkut main adalah game yang cute ni.
Game – Meat Suika Game
Korang pun boleh tengok best score aku berapa. Dia macam main game 2048 punya konsep jugaklah. Tapi dalam bentuk yang comel gitu.
Aku difahamkan yang platform ni bukan saja menyediakan game untuk kanak-kanak, tetapi juga untuk orang dewasa jugak. Sebabnya ada satu game ni dia ajar kau berbisnes. Aku hari kedua bisnes warung kopi ni bankrup dah weh…
Belajar Berbisnes dengan Game Coffee Shop
Aku pun tak faham kenapa ^_^!
Last-last tutup kedai je lah ha. Sebab apa? Sebab:
- Aku tak faham kenapa sukatan inventori gula aku cepat nau habis
- Harga coffee secawan 2$ kira murahlah kan? Kat Malaysia mana ada dah harga kopi RM2. Kalau kita nak argue tanpa convert matawang.
- Game ni takde rujukan bagi sukatan kopi yang kita jual.
Kalau korang pernah main mobile game My Cafe, korang boleh jadi barista hanya dengan rujuk resepi dekat game tu. Serius coffee dalam game tu nampak lebih sedap dan real! Macam biasa, jangan compare game free dengan yang ada iklan dan bayaran. Sebab My Cafe tu dia ada generate profit. Kenalah game nampak canggih ye dak?
Korang tengoklah high score aku pun lahai…>_<
Patu disebabkan fedup main game yang asyik deficit je, aku pun main game yang lebih santai ala-ala Candy Crush gitu. Haaa ini kalau aku betul main ni memang boleh leka tak sedar hari. Tapi aku dah lupa apa nama gamenya. Banyak sangat sampai terlupa ^_^!
Game ni sebenarnya adalah latihan untuk belajar memasak jugak sebenarnya. Dulu aku selalu main game chocolate factory. Sekarang kat manalah game tu sekarang. Jadi tadi aku ternampak kat sini pun ada game yang nama sama. Tapi isinya tak samalah pulak…
Game Chocolate Factory
Incase aku pun lupa nak bookmark game online yang free untuk semua orang belajar memasak ni, makanya aku letaklah dalam entri blog sendiri. Sebabnya blog ni dah macam journal/diary untuk aku belek if aku perlukan sesuatu. So, harap dapat membantu korang jugaklah dalam mencari komputer game yang kids friendly gitu.
Sebab apa aku kata main game pun boleh pandai masak?
Sebabnya semua game ni adalah rekaan sebuah Sekolah Kulinari.
Aku sendiri tak pasti kalau dekat Malaysia ada ke tak keluarkan game memasak sendiri. Rasa macam ada dan pernah main. Macam Kopitiam. Kalau tak silap lah.
Okay gais, takat ni dululah cerita aku untuk minggu ini (entri untuk minggu yang sudah). Kalau korang rajin nak belek apa bendalah aku kongsi lagi, mehlah jadi kawan aku kat Lemon sana. hahahah
Till then fellas! Semoga dipermudahkan urusan kita semua!