Memori maulidur rasul

text, letter, old-4095909.jpg

salam, maulidur, rasul

Ingat dulu masa duduk asrama, setiap kali maulidur rasul mesti ada pertandingan perarakan, pertandingan pentomen, sajak dan macam-macam lagi. Maklumlah karnival Maulidur rasul tiga hari tiga malam diraikan. Memang meriah giler! Aku paling suka malam terakhir, sebab masa tu banyak persembahan.

Pastu setiap kali habis perssembahan, mesti ada macam-macam bunyi. Srooot srooot lah…snif sniff lah…tengok kawan tu, mata dah merah..kawan tu pulak..hidung merah…sedih dalam gembira…

Gembira sebab hari tu hari jadi baginda…sedih sebab masih lagi tak dapat jadi seperti golongan yang baginda rindukan. Menangis lagi…mulut kata Rindu Rasulullah…perbuatan langsung tak membuktikan…maafkan kami ya Rasululullah…

Dulu, aku selalu impi untuk hidup pada zaman Rasulullah.

Dan Ustazah aku mencelah, belum tentu lagi kamu hidup pada zaman baginda boleh terima ajaran yang baginda bawa. 

Hakikat yang tiada siapa dapat bongkar. Iya, aku syukur sebab diberi peluang hidup pada zaman baginda walau tak pernah bersua.

“Berbahagialah orang yang bertemu denganku dan beriman denganku,

Berbahagialah tujuh kali orang yang tidak bertemu denganku, tapi beriman denganku…”

Marilah kita meraih tujuh kali kebahagiaan yang telah dijanjikan baginda.

Salam maulidur rasul…

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top