Blog Header

Menjalar Memori

northern lights, norway, nature-6862969.jpg

Dah lama sangat hilang. Hilang dari radar maya yang kau sendiri pun lupa apa tujuan kehidupan yang sebenar.

Hidup untuk sekadar hidup atau hidup dengan matlamat untuk syurga?

Tapi, tewasnya dia dalam meraih bau syurga buat dia menjadi takut untuk mencicip azab neraka. Gila!

Siapa mahu neraka dowh?

Aku pun tak nak, kalau boleh…

Tapi sikit pun amal aku tak mengambarkan apa yang aku nak. Lagi kontra dan jauh dari jalur cahaya yang benar adalah….

‘Macam mana kita nak register jadi malaikat ea?’ soalnya dalam pemanduan yang semakin hening memikir dosa semalam.

‘Boleh tak kita pilih untuk tidak lahir?’ semakin pelik soalan yang ditanya. Sang kawan hanya gelak kehairanan.

‘Kak sofie dah kenapa tak nak jadi manusia?’ sambil berbaki sisa ketawa dia bertanya.

Dia geleng. Sarat dengan segala macam persoalan buat mahu saja dia terjun…lagi…

‘Kalau kau nak mati sangat, meh sini aku bunuh kau?’

‘Ha…okay jugak tu..kau bayar berapa?’

‘Tapi sebelum bunuh memang aku buat macam-macam dulu r kat kau. Bagi banyak sikit pahala kau. hahahah’ mereka berseloroh soal ajal maut yang hanya Tuhan saja tahu bila tarikh luput.

‘Er…takpelah…aku rela tunggu je kematian datang secara normal. Tuhan dah bagi elok aku wujud ni, balik nanti pun kena elok jugaklah…’

‘Tahu takut. Ingat berani sangat!’

‘Kalau berani, kau takkan jumpa akulah since 2012…’ nafas berat dihela….2012…tahun yang buat dia rasa begitu sunyi dan asing sekali dalam kewujudan dunia yang….ah, dunia…

‘Asal 2012?’ soalnya kehairanan.

‘Owh…tu tahun aku mula rasa nak mati..(sebenarnya since 2000 lagi…)’ ingin benar dia mati sebagai anak kecil…tapi impian tinggal masa lampau…

‘Saya takut, bila saya nak sangat mati, Tuhan tak bagi…tapi bila saya rasa sayang pada dunia, masa tu Tuhan akan matikan saya…’ ujarnya secara spontan.

‘Kenapa fikir macam tu?’

Bahu diangkat tanda tidak tahu…

And am I human?
Or am I something else?
‘Cause I’m so scared and there’s no one there
To save me from the nightmare that I call myself

Lagu Broken nyanyian Anson Seabra menjadi latar perjalanan mereka.

‘Kak sofie fikir jauh sampai mana tu?’

Mereka gelak.

‘Lagu ni pulak dah kenapa? apa masalah dia?’ pertikai sang kawan.

‘Ingat tak lagu yang saya kata hari tu, ni lah Anson Seabra. Tapi hari tu saya suruh awak dengar yang Hayd…’

‘Hahahaha memang tidaklah saya nak layan lagu macam ni!’

‘Habis, macam mana awak nak discover lagu baru?’

‘Alah…nanti kalau femes dekat socmed, saya jumpalah lagu baru…’ simple jawabnya. Aku hanya ketawa sinis. Adoyaiii….manusia manusia.

Well, minggu ni aku tak off lagi. Masih kerja bagai nak rak, end up kerja kuli jugak…

Mata kian layu, tapi banyak pula kerja menanti.

‘Nak buat esok?’ tanya dia pada diri dan mata yang semakin mengecil…

Malaih aih!

I’ve been going through the motions
Learning how to pretend
That everything is perfeect

So 5 hari dalam tahun baru, apa sudah jadi dengan misi hidup kau?

Hancur teroks bhai. Baru beberapa hari dah hancuss…

Okaylah geng, aku tido lu. Papahel roger…

I guess sometimes you find the one
But the timing’s off, the place is wrong
Maybe we would be closer
If we were a couple years older
I guess sometimes you fall in love
Then one day feels like you wake up
And everything’s over
Without any closure…

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
aienie
January 10, 2022 23:21

since 2000? lamanyaaa. hugggggsss~ °_°

Scroll to Top