Holla Amigos! Wassap Raya CoEid???
Sihat tak sihat? Ceria tak ceria? Aku tak tahulah kenapa kena jerit pulak mukaddimah kali ni. Mungkin sebab tajuk post yang agak cliche? Atau tajuk post yang agak tipikal? Pffth!!
Whatever it is, ini bukan cerita pasal aku. Hahahaha
Well, korang pun dah tahukan, aku malas nak bagi komitmen. Lagi pulak dalam soal RE-LA-TION-SHIT-SHIP. Mungkin belum masanya untuk aku peningkan kepala dengan perkara sebegini. Masih banyak perkara untuk dipeningkan selain isu ni.
Habis tu, siapa yang nak cari pasangannya ni?
Haaa…aku ni kalau bukak agen cari jodoh, insyaAllah laku. (Kata orang yang tak berminat nak fikir pasal jodoh). Kita tolong orang, insyaAllah tolong dari Tuhan lebih mudah tercapai. Lagi satu, dulu zaman belajar, aku ni bolehlah dikata sebagai posmen cinta, dan penasihat hati. Tak tahu pasal pa, kawan suka nau tanya soal ni dengan orang yang tak de pengalaman kan.
Padahal kita baca buku je pun nak faham semua benda ni. Bila dah tahu rumit, kenapa perlu hadapinya lagi bukan?
Tapi betullah, Tuhan dah cipta setiap manusia tu berpasangan. Kau tak boleh nak tolak fitrah alam yang sedia azali digariskan. Ada tu adalah, tiada tu redhalah.
Aku harap, mana yang tengah mencari tu, perbetulkanlah diri dulu sebelum demand itu ini dari orang. Mana yang dah tempuhi perbaikan diri, jangan pulak rasa diri malaikat. Dah dilahir manusia itu, pelupa jugalah sifatnya. Aku pun pesan buat diri jugak. Aku nak kata give up untuk hal macam ni pun, fikirkan saja sudah malas.
Lagikan mahu tempuhinya. Renyah!
Siapa tahu, masa hadapan bukan boleh ditebak. Tu jelah nak bebel. Aku hanya tolong orang yang menjadikan pasangan sebagai misi hidup. And after that, what then?
Adakah hidup kita akan berakhir? Kita sudah tidak lagi bebas dan merdeka? Atau kita jumpa nyawa kedua dalam memahami kehidupan bergelar manusia?
Pasangan ibarat nyawa extra dalam game. Tak semua perolehnya dengan bersenang lenang. Ia perlu pada usaha dan pengorbanan…tetapi bila diperlukan, dialah yang paling berharga…satunya nyawa yang kau akan hargai walau peroleh nyawa percuma yang lima….- sofieadie-