Official Launch of Orang podcast on 1441H

Sepatutnya aku up entri ni semalam. Yup, semalam sempena kemasukan tahun baru Hijrah yang ke 1441. Tapi, disebabkan masalah teknikal seperti, tetiba laptop kau hang dan juga line macam siput mintak cabut nyawa, jadi semuanya tergendala.

End up aku habiskan baca dengan termenung dan baca buku. Oh ya, qada’ tidur pun tak dilupakan. Maklumlah, sepanjang 7 minggu cuti sem ni aku tak pernah duduk dekat rumah dengan amannya. Mesti kena keluar. Tak keluar pergi kerja, ada jelah kena teman orang dan lain-lain lagi….

Alhamdulillah, laptop kembali okay walau makan masa berjam-jam jugaklah untuk loading. Maybe dia cuba sampaikan surat berhenti kerja selepas 6 tahun berkhidmat. Maklumlah, teknologi jangka hayat dia tak sama macam manusia.

Well, hello there! Kabare kalian semua? Aku doakan semua dalam keadaan yang baik dan sihat wal-a’fiat. Seperti yang dijanjikan, tepat 1 Muharram 1441H, aku telah pun melancarkan Podcast Orang secara rasminya. So far so good, Start small start none, everything will end well. InsyaAllah, Amin.

Esok, hidup sebagai pelajar praktikal 2.0 akan bermula selama 17 minggu. Bunyi macam sekejap aku harap ianya fasa yang sekejap. Nampak gaya 2019 will gonna be my last year as a student (yang main-main).

A big applause to my new podcast project: ORANG!!!!

Welcome to the new world Orang.

Selepas lima tahun berkecimpung dalam dunia blog secara rasminya, maka aku memperkenalkan kewujudan Orang secara rasmi ke alam maya.

Why and why kau publish podcast walhal kau tak pernah suka dengar suara sendiri?

Kau tahu, sejak semakin hampir ke penghujung dunia belajar ni, kau dah tak banyak berdialog dan borak macam dulu. Sampaikan kadang aku lupa, macam mana nak bercakap dengan orang, kawan dan small talk selain dari promote barang dekat customer. Tak tahu samada ia sadis atau suatu khabar gembira bila mana kau kurangkan bercakap perkara yang sia.

Maka, selepas setahun mengkaji tentang podcast dan persiapan yang diperlukan, akhirnya dengan penuh keyakinan (dan izin Tuhan), aku pilih tahun 1441 sebagai tahun permulaan dunia baru bagi entiti Orang dan juga thesofieadie #theuprisingofnonsense.

Sebenarnya, buat sistem hidup sendiri itu memang makan masa. Sepuluh, dua puluh even seratus tahun pun, belum tentu orang dapat terima. Itulah yang berlaku pada aku sekarang. Aku tak tahu sistem apa yang aku nak buat, hahahaha….takpelah, janji kau start slow-slow….mungkin tak nampak sekarang…..janji kau teruskan hidup.

Jadi dimana korang boleh dengarkan Orang?

Platform raasminya adalah di Anchor.fm. Kalau ada spotify, korang boleh cari ‘ORANG’. Google podcast pun ada, iTunes aku baru submit tadi, rasanya belum approved lagi.

Sokongan dari kalian sangatlah aku hargai. Kalau ada komen, maklum balas atau apa jua pendapat, amatlah dialu-alukan.  Dan insyaAllah aku akan ceritakan juga trivia bagi kewujudan setiap episod Orang dari semasa ke semasa.

To the end, moga husnul khatimah, adios amigos zaijian ila liqa’ wa maa’salamah!

Kongsi 

Related Posts

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terima Kasih Daun Keladi! 

Scroll to Top