Podcast Season 2: Tinta Tanpa Tarikh

Selepas membelek phone walau tanpa sebarang notifikasi, aku meneruskan penulisan. Argh!!!! (Sebuah catatan psycho pada malam penerbitan season kedua.)

Aku tak bengang untuk menulis. Apa yang merasuk jiwa ini adalah ketakutan pada sesuatu yang tiada pasti. Tiada tarikh dan tanpa sebarang jaminan. Salahkah keputusan yang aku lakukan? Benarkah ini jalan untuk aku meraih mimpi itu agar ia menjadi kenyataan?

Apa? Apa? Dan apa lagi mahu dikejar?

Bayang semalam sudah mula hilang. Yang ada sekarang adalah bayang masa hadapan. Aku tak tahu samada itu bayang kegembiraan atau sekadar bayang ketakutan…

Pergh! Ayat acah puitis! Bukan main.

Serius weh. Aku dah lost track life aku. Mana hidup aku sebenar dowh? Syed Saddiq dah jadi ahli politik muda. At least dia dah bagi sumbangan pada negara pada usia sebaya dengan aku. Selena? Ah, dia tu lagilah…dah berapa banyak lagu dia buat. Siap buat series 13RW lagi. Aku? Hahahaha aku ni tak yah cakaplah. Hidup pun masih macam biawak.

Tinta Tanpa Tarikh

Itu tajuk season kedua bagi podcast aku. Semua tajuk bermula dengan huruf T. T sebab…sebab….suka hati akulah kan nak dedikasikan huruf T sepanjang season 2.

Sebenarnya T adalah simbolik bagi ‘Break’. Penghujung hidup penyu macam tulah. Dengarlah podcast Orang kalau nak tahu cerita apa yang aku bebelkan sempena semua T. Adakah ‘tikus’ pun aku bebelkan???

Aku pernah ada satu buku kecik ni. Dalam tu semua tinta tanpa tarikh. Dan bila baca balik, aku rasa menyesal sebab tak tulis tarikhnya….tapi ia seakan bagus jugaklah…at least, aku tetap ingat setiap peristiwa yang berlaku. Aku nak jugak jadi pelangi dan awan yang melindungi sesorang itu dari terik mentari. Tapi so far, aku adalah awan gelap dan guruh yang digeruni ramai orang. The heck happen man?

Kadang nak balance dunia akhirat, hitam putih, hujan dan panas itu sangat susah. Satunya sebab kau memang jenis yang cepat lagha. Allah…hurm…

Dulu, masa zaman main twitter dengan wechat, kat dua tempat tulah aku meroyan pasal life. Pasal betapa kenapa aku perlu hidup. Tapi, sejak penghapusan dua platform itu, aku hanya jadikan blog ini saja tempat untuk bersadu. hahahaha….ada jugaklah up kat whatsapp status dengan IG. Tapi aku akan cepat-cepat delete, pasai aku tak suka orang baca. Aku nak luah, tapi aku tak nak orang baca. Kalau macam tu baik kau tulis diari!

Tak…macam ni. Aku nak luah…tapi dalam masa yang sama aku tak nak orang tahu. Tak suka bila orang kasi respon. So, kalau tengok aku meroyan ke apa ke an….abaikan saja….itu memang cycle hidup seorang sofie. Kadang dia happy, kadang dia meroyan dan mula pertikai kenapa dia hidup. Dan kadang tu dia rasa macam nak buang semua benda. Sampai habis semua orang, dia buang jugak….

Kekuatan dia untuk normal itu letak pada manusia-manusia yang banyak bagi hidup dia berinspirasi. Salah satunya join satu, dua atau tiga empat jenis kehidupan…jumpa komuniti yang punyai misi perjuangan yang sama…kadang itu dia penat untuk menjadi plastik demi matikan jiwa sisi gelapnya.

Bukan setiap masa aku boleh jadi lampu dan lilin untuk semua orang. Aku pun kadang boleh jadi bah yang akan menenggelamkan kehidupan orang tanpa penyedian sebarang pelampung.

Kadang, kegelapan itu lahirnya ilham.

Kesedihan itu terbitnya penciptaan idea….the happiness of living the darkest life. Tapi, bila dah jumpa lampu….aku takut pada gelap.

Kalau boleh, aku tak nak ditarik semula ke lohong tidak berorang itu.

Tanpa sedar, sebenarnya…kegelapan itu tak pernah tinggalkan aku.

Aku tetap tergelincir.

Setiap cahaya itu pasti punya bayang dan silau yang akan merosak mata.

Sampai bila aku perlu persoal isu ini? Aku bukan tak penat untuk bertarung pada satu entiti yang tiada kenampakkan ini…

Aku penat dowh. Penat sampai rasa macam…manusia tak bersyukur….Astaghfirullahaladzim…mengucap duhai diri….

Bum Bum Bum!

Hantukkan kepala pada keyboard yang menjadi pentas jemarinya untuk menaip dijadikan pusat melepaskan segala rasa. Marahkah dia? Kecewakah dia pada dirinya? Dia tidak tahu!!!! Sumpah dia sudah mahu putus asa pada kehidupan ini. Cukuplah 27 tahun dia survive. Cukuplah 27 tahun angannya itu tiada menjadi impian. Mungkin sudah masanya dia tarik saja jiwanya. Dan hidup seperti robot yang mereka impikan. Argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku benci hidup

Aku benci hidup

Aku benci hidup

Aku benci!!!!!!!!!!!!

Tak…aku bukan sirna yang kau impikan.

Aku…adalah kilat yang akan menghancurkan takhtamu sekelip mata.

Aku, tinta tanpa tarikh yang wujudnya tiba-tiba dan tidak akan lepaskan kau pergi hingga kau turut langkahku….

Content Protection by DMCA.com

Kongsi 

Related Posts

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terima Kasih Daun Keladi! 

Scroll to Top