Rant on movie

text, letter, old-4095909.jpg
“ASSALAMUALAIKUM”

Semalam cerita Shooter (2007) lakonan  aku baru tengok. Then, ulasan aku untuk penceritaan cerita tu sangat bagus dan amat beraksi!! (wah, skemanya bahasaku!!) Persoalan akulah kan, apa akan berlaku jika dan seandainya kalau Malaysia dibenarkan menerbitkan cerita macam ni? 
Uit, bahaya yang amat oii!!! Kau ada berani ke mahu dedahkan rahsia negara? 

Sebab, penerbitan atau karya sesebuah negara itu adalah lambang latar belakang negara tersebut. So, kita boleh bayangkanlah latar belakang nagara tu hanya dengan menonton movie, drama dan apa-apa rancangan tv yang diorang buat. sebab tu lah, ada baiknya Malaysia ni tak benarkan cerita macam tu.

Tapi, serius action gilerr r kalau diorang dapat buat drama series novel karya Ramlee Awang Murshid sebagaimana diorang mendramakan kebanyakan novel sekarang ni. itulah, cakap guna mulut memang senang. cuba kalau disuruh buat, menganga kau!

Akulah berpendapat (sebagai orang yang sangat menghargai duit untuk tengok ke wayang), aku hanya akan tengok cerita aksi, thriller dan sains fiksyen je. Selalunya hanya cerita yang kita tahu lakonan dia sangat berkualiti dan berbaloi dengan harga tiket kita beli je baru aku akan teruja nak tengok kat wayang. (Nak nak pulak kalau hujung minggu…lagilah kan)

Macam bagi aku, kalau tengok cerita horror kat wayang sangatlah tak berbaloi dan satu idea yang sangatlah tidak bernas! Sebab, aku bukanlah si peminat horror! huhuhuhu

Dan membazir sebab asyik kena tutup mata, Oh come onlah beb, beli tiket mahal-mahal, then tutup mata jer?! aiyooo…

In the end, kalau aku tak berapa teruja sangat dengan cerita tu, aku just tunggu je cerita tu main kat HBO ke FOX ke KIX ke…tambah pulak kartun pun aku rasa tak berbaloi layan kat panggung. Love story? (Geleng kepala….)

Dan biasanya cerita yang nak tengok kat wayang juga akan jadi salah satu koleksi wajib ada dalam simpanan….TEEhee…
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top