Blog Header

Rant on cermin mata

text, letter, old-4095909.jpg

Cermin mata.

Siapa pakai cermin mata mesti faham semua perasaan yang dilalui oleh setiap yang berkaca mata. Bila hujan, bila sejuk, bila ada wap, bila terpegang cermin dengan jari, dan macam-macam lagilah yang boleh menganggu penglihatan normal.

Kalau dulu boleh fikir orang yang pakai cermin mata ni semua bijak pandai, tapi bila sendiri pakai, kirim salam ajelah dengan istilah tu. Apa bijak tu disimpan oleh cermin mata ke? *sambil betulkan speck mata*

Siapa-siapa pun boleh bijak tanpa perlukan cermin mata sebenarnya. Asal pakai speck je doktor, asal pakai speck je bergaya, asal pakai speck je pandai, asal pakai speck je….dahlah sampai bila pun takkan habis.

Cermin mata.

Satu keperluan bukan kehendak. Keperluan kepada mereka yang rabun jauh, rabun dekat, silau…sebagai perlindungan kepada mata. Cermin mata tebal, power mata tinggi…cermin mata gelap, silau mata tinggi…cermin mata takde cermin…cucuk mata nak? kalau dah jadi trend tu, biar ajelah…asalkan dia tak ganggu sesiapa, sudah!

Apa sebenarnya aku nak cerita ni? 

Oh, terlupa …awalnya aku nak cerita pasal impian 2016 ni kena lebih besar dari speck mata. 

Kenapa speck mata?

Sebab dari matalah kita boleh buat penilaian. Bukan judgemental ek…selagi mata masih berfungsi, dengan bantuan cermin mata, gunalah sebaiknya untuk teroka dunia dan alam dengan bijak. Alang-alang dah pakai speck mata macam orang bijak, tak salah kita berfikiran genius kan?

Cermin mata lagi….

Setiap dua tahun bertukar. Power pun macam tipu je…makin tukar, makin tinggi…asal tukar je, naiklah power tu. Nak-nak pulak kalau dulu pakai versi besi yang boleh karat telinga pakai…sekarang dah tukar ala-ala plastik. Tak perlu risau nak betulkan nose pads la, pad arms lah…semua dah terlekat rapi hanya pada speck. Mudah!

Dear cermin mata,

Terima kasih kerana membantu aku untuk menghadapi dunia dengan penuh jelas dan bergaya.

[perasan tak sudah!]

Kadang dengan cermin mata pun boleh mengajar kita melihat dunia dengan pelbagai presepsi.

Thanx for reading!

Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
June 6, 2016 19:34

hehehhe…saya hargai sangat kalau orang sudi komen panjang2 ni 😀

what?? tomo sanggup wat gitu? huhuhu saya takyah buat memang gen rabun..huhuhu

samalah..saya pun masuk tandas memang kena pakai speck. kalau tak merabalah cari uat gigi, berus gigi semua..hahahhahha

annoying giler kalau terjadi part tu…dahlah minyak…makin dilap makin kabur lak…memang panas! T_T

Anonymous
Anonymous
June 6, 2016 19:26

dulu, sebelum mata rosak, bila tengok orang pakai spek, rasa nak pakai jugaklah. haha. macam-macam buat untuk punahkan mata. adumakk. tapi, tak de lah sampai pergi ambik garpu cucuk mata. sakit~ huh. macam tengok tv dgn jarak dekat dan lain-lain. kemudian, bila mata dah rasa sakit, pergi check, ada rabun jauh dan silau. ahha. kemudian, pakai spek, mula-mula tak selesa dan menyesal jugaklah. tapi, kalau tak pakai, jatuh dalam longkang pulak.

bila sekarang trend pakai spek besar plastik pulak dah, haha, rasa nak tukar pulak. tapi, bahagian kaca mata berminyak tu benci sungguh.

sy ada kakak yang rabun jauh dan silau. tinggi jugaklah power dia sampai nak masuk tandas pun kene pakai gak. mata pun dah jadi bengkak semacam. ngeri sungguh.

*maaf, panjang lak mengomen kat sini.* >.<

Scroll to Top