Bicara soal suka, pasti bertanya sebab.
Kenapa kau suka?
Sebab apa kau suka?
Dan apa sebalik cerita perihal realiti suka ni?
Tak. Semuanya tidak bersebab. Aku tulis sebab aku suka tulis. Aku blogging sebab aku suka. Suka hanya kerana suka tanpa sebab.
Tapi, tak semua orang boleh terima suka tanpa sebarang alasan.
“Aku suka kau.”
“Sebab apa?” soalnya pelik.
“Sukalah. Takde sebab.”
“Mana ada orang suka sesuatu tanpa sebab.”
“Ada je. Kau suka nasi perlukan sebab ke?”
Dia diam.
Dan kalau aku tak suka, bermakna memang tiada ruang dan peluang untuk disuka.
“Apasal pulak?”
“Suka hatilah nak tak suka… Serabut tahu!” suaranya meninggi.
Helaan berat terlepas.
“Aku takut dengan ayat 216.”
“Boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia baik bagimu. Dan boleh jadi kamu suka sesuatu sedangkan ia buruk bagimu.” Dia berhenti seketika. Memberi ruang untuknya merenung alam. Orang ramai yang lalu lalang seolah sepi di penglihatannya.
“Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak… ” sambungnya.
Mereka diam.
“Sebab tu kalau aku suka, aku tak tunjuk, tak cakap, tak respon dan tak buat apa-apa pun untuk pertahankan sesuatu yang aku suka.”
“Eh, kau tak boleh macam tu…. Kalau kau suka sesuatu, kau kena sanggup berkorban.”
“Dah. Aku korbankan suka aku. Is it enough?”
“What the worst part could happen if kau terus terang tentang semua ni?”
“Ditinggalkan… Hahahaha” gelaknya hambar.
“Aku suka kau”
Dia termangu.
“Nah…. Takkan semudah itu untuk kau suka aku. ”
“Tapi kau sendiri yang cakap, suka tak perlukan sebab”
“Ia hanya valid bila aku yang ucap.” getusnya.
“Leh, mana adil macam ni! Aku pun boleh guna statement kau what!”
“So, prinsip hidup kau?”
“I’m free flying. Just follow the flow.”
“No wonder you lost and drown…”
……….
Betul ke, orang hanya hargai kau bila kau tiada?
Mereka hanya kenal kau bila kau ternama. Bila kau ada benefit untuk mereka… Tapi, bila kau penyu, nobody will looking for you.
“Sedihkan?”
“Apa yang sedih?”
“Bila orang yang kau suka, nampak kau selepas kau berjaya bangkit semula… ”
“Laaaa… Apasal nak sedih? Kau patut happylah sebab dia nampak jugak kau akhirnya… ”
“Kan? At least dia nampak. Tapi tu lah, aku yang suka dia tu dah tak ada….”
“Kau yang rumitkan cerita suka. Tadi awal cakap, suka tiada waktu. Setia tak diukur pada lama. Suka tanpa alasanlah etc etc… Sekarang, kau pulak macam lalang!”
……….
Cerita perihal suka, tiadakan punya tarikh penamat. Ya, sukanya dia tiada tarikh basi. Dia masih suka tanpa sebab. Suka tanpa alasan. Suka kerana dia pilih untuk suka.
Naifkah dia jika dia berfikir demikian?
Realiti sebuah suka demikian, jarang bertemu jawapan. Tapi dia yakin yang suka itu bukan persoalan. Isunya bukan suka. Isunya adalah yakin.
Jika kamu tidak yakin, bagaimana takdirkan memihak pada kita?
Yakin itu kuncinya.
Percaya itu, cagar yang kau harus letak dalam setiap doa.
Kau suka? Doa.
Kau suka? Yakin.
Kau suka? Sabar.
“Lepas tu?”
“Keajaiban akan datang….”
“Macam tu je?”
“Kau kenalah usaha mangkuk! Pastu pergilah cakap dekat dia kau suka. Dia suka balik ke tidak itu campakla tepi.”
“Leh? Aku ingat dia terus terima… Chiseee… Cerita dia still 50-50 kena reject la ni?”
Dia angkat bahu sambil pandang langit. “Wallahua’lam…. ”
“But, somehow kan, bila kau dah sematkan prinsip, dia rasa berbaloi. Apa orang cakap, worth the wait gitu…tapi, of course everything will comes with the great price lah”
“Oh… ”
///////////
Realiti sebuah suka, nyatanya tak semudah itu. Kau akan terusan diuji, disental, diclorox iman untuk melihat sejauh mana prinsip itu kau kan pegang.
Kau akan jatuh berjuta kali. Berperang dengan entiti yang bukan zahir. Dan paling teruk, kau akan langgar prinsip sendiri. Jika masa itu berlaku kelak, aku mahu kau tampar diri dengan sekuat hati. Agar kau sedar, cerita Realiti Sebuah Suka itu adalah benar.
Yakin itu kuncinya.
Yakin. Kau harus yakin.
Realiti sebuah suka itu adalah suka tanpa sebab.
Kerana aku pilih untuk suka, aku pilih jua untuk terima segalanya….
Aku akan terusan suka sampai bila-bila.
Untuk kau yang aku suka, selamat berjuang!