Relevankah Geomatik selepas COVID-19?

Semalam dengar cerita keputusan UPU dah keluar. Dan macam biasa, bila keywords ‘Geomatik‘ ditaip, secara automatik blog ni akan mencelah di laman carian Google.

Well, sebagai ex-geomatician, aku rasa bertuah sebab update life series masa tempoh belajar dulu. Walaupun secara jujurnya masa tu hidup agak serabut dengan LP, dengan pelbagai report lagi. Tak ditambah lagi dengan lambakan assignment yang selalu datang tetiba.

Tapi tiada siapa jangka yang tahun 2020 akan menjadi satu tahun ‘puasa’ untuk plebagai aktiviti, Hampir semua jenis industri turut terkena tempias akibat penangan pandemik ni. Termasuklah industri geomatik sendiri.

Bercakap dari sudut pemerhati, aku sendiri pun hilang kerja selepas seminggu pengumuman pandemik ini dikuat kuasakan di Malaysia. Nasib baik bidang kerja tu bukan dalam dunia yang berkaitan dengan benda yang aku belajar. So, bagi aku masih ada peluang untuk mengadaptasikan perkara yang aku belajar secara meluas walaupun bekerja secara solo.

Jadi, untuk adik-adik yang berjaya menyambung pengajian dalam jurusan Geomatik mesti korang tertanya samada relevan ataau tak untuk belajar geomatik selepas fasa COVID-19 ni.

Kalau korang perasan, masa fasa ni, kita didedahkan dengan pelbagai peta berkaitan dengan status kes COVID-19. Termasuklah peta thematic atau dalam bahasa omputihnya ‘Thematic Maps’.

Berikut adalah salah satu contoh bagi Thematic Maps sepanjang fasa pandemik ini berlangsung.

COVID-19 THEMATIC MAPS EXAMPLE

Apa itu Thematic Maps?

Secara ringkasnya thematic maps adalah suatu peta yang fokus pada tema atau bidang subjek yang tertentu. (Sumber wiki)

Pembikinan thematic maps ada dalam silibus pengajian Geomatik dibawah subjek Carthography. Kalau masa batch diploma 2013 dulu, kitaorang belajar subjek ni masa semester 4 (Geomatik semester 4).

Bestnya masa belajar subjek ni adalah semua berkaitan dengan gambar, warna, dan juga penggunaan software yang canggih seperti ERDAS dan ArcGIS. Setiap pelajar geomatik wajib memiliki software ni untuk menguasai kemahiran pembuatan peta.

Semakin kerap kita praktis dan buat latihan dengan software-software ni tadi, makin mahirlah kita. Sebab ianya agak tricky dan sangat complicated kalau kita tak familiar dengan terms yang diguna pakai dalam software ni.

Kebanyakkan assignment bagi subjek Carthography adalah berkaitan dengan maps. Samada secara berkumpulan atau solo tu terpulang pada barisan pengajar.

Selain daripada tu jugak, cabaran bagi persaingan dunia geomatik pada masa sekarang masih lagi ditahap yang tidak terlalu crowded dan masih difasa baru di Malaysia. Dia bukan suatu bidang yang terlalu popular seperti Doktor tapi sangat diperlukan dalam menjamin kelestarian pembangunan dunia modenisasi.

Jadinya, jawapan bagi persoalan relevankah geomatik selepas COVID-19?

Well, of course, it still relevant!

Kalau boleh sambunglah belajar sampai korang boleh hasilkan data seperti data-data yang dipamerkan pada masyarakat awam dalam menyampaikan kesedaran penyampaian statistik mengenai pandemik ni.

///

Dulu aku pernah up satu isu ni. Kalau nak tahu samada kos yang kita belajar itu akan membantu saat perang, maka ia berbaloi untuk dipelajari walau mengambil masa berapa lama sekalipun sebab ia membantu menimbulkan kesedaran kepada masyarakat awam.

Sebagai salah seorang pakar dalam bidang professional pada masa akan datang, ianya terpulang pada kita untuk menterjemahkan sesuatu ilmu kepada suatu bentuk yang boleh memberi faedah.

Tak kiralah bidang apa yang kita ceburi, semoga kita semua bersedia dengan apa jua kemungkinan serta diberi ketabahan dalam mengharungi cabaran yang akan datang.

Untuk adik-adik yang bakal menyambung pengajian, janganlah putus asa bila terpaksa menjadi salah satu titik dalam ‘Lost Generation’.

Every cloud has its silver lining but it is sometimes a little difficult to get it to the mint  – Don Marquis

Content Protection by DMCA.com

Kongsi 

Related Posts

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terima Kasih Daun Keladi! 

Scroll to Top