Blog Header

Rumah Sewa Pink!

text, letter, old-4095909.jpg

Assalamualaikum!

Semalam, time belek-belek semua koleksi gambar lama-lama, tetiba terjumpa view senja ni. Dan teringat pada satu rumah ‘sejuta kenangan’;

Rumah Sewa Pink!

Gambar ni diambil time aku tinggal sensorang kat rumah tu. Semua orang balik kampung masing-masing. Hanya aku si perantau asing aje kat situ…untuk hilangkan rasa takut, aku hanya berpeluk pada besi tingkap je. sambil menghayati view senja…

Lupa pulak nak bagitau, ‘Rumah Sewa Pink’ ni adalah teduhan aku dari segala cuaca semasa belajar kat Kelantan dulu.

Wasehmen…satu-satunya view yang paling aku tak boleh lupa..hahahaha

konon nota jer lebih..memang tak boleh blah langsungkan? Tapi, alih-alih result takdelah gempak sangat! Tapi, syukurlah dapat jugak sambung U kan?

Baru aku perasan, aku tak pernah tangkap gambar rumah sewa ni dari luar…sebab apa ek? Oh! masa tu kan pakai handset cikai jer..memori pun kecik sangat..tak bleh nak simpan banyak gambar, lagu apatah lagi. Zaman yang aku masih pergi ke C.C semata-mata nak update lagu dengan blog!

Wah, rindunya! (aii…sejak bila pandai rindu-rindu ni?)

Rindu itu adalah, anugerah dari Allah….

Even time tu aku rasa sangat beban untuk habiskan semua, tapi bila throwback balik, banyak jugak memori yang tersimpan dan terpendam di situ. Yang banyak ajar aku betapa hidup ni tak boleh lepas dari bermasyarakat. Al-maklumlah daku ni bukan seorang yang reti bersosial…huhuhu

Untuk semua penghuni ‘Rumah Sewa Pink’ batch 2011 terima kasih atas segala memori yang korang tinggalkan…

 Nori, Ika, Sarah, Amalina, Aisyah, Husna

Yana, Syieda, Ada, Mira, Tikah, Ayuni,

dan yang lain…(maaf dah nyanyuk tak berapa nak ingat dah nama semua…huhuhu)

Nanti kalau dapat reunion balik, jangan lupa ambil gambar ramai-ramai…

Maaf, saya takde koleksi gambar korang semua…

Miss U all!!

Subscribe
Notify of
guest
3 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
June 16, 2016 00:18

kan?? dulu memori fon mana ada sampai 64gb bagai…paling pun 512 mb je…huhuhu

sofie adie
June 16, 2016 00:16

ha'ah rumah sewa tu kaler luar dalam dia sume pink…
oh…imaginasi mu sungguh tinggi ana! hahahhahahha…takdelah umah biasa ja tu…

Ct Roxalynna NH
June 16, 2016 00:13

sama lah.. huhuhu zaman beajar jarang amik gambar suasana belajar mcm tempat tinggal semua tu… kerana memori fon T_T

Scroll to Top