Blog Header

Salam dari Miri…

forest, dark, magic-6734296.jpg

Holla!

Alhamdulillah…akhirnya kami (aku dan adik aku) selamat mendarat di tanah tumpah darahku….ibu pertiwiku……

Rakyat hidup mesra dan bahagia…

Damai muhibah sentiasa….

Bersatu berusaha berbakti

Untuk Sarawakku cintai….

Ecececehceh…’termenyanyi’ pulak da…hahahah rindu dowh nak nyanyi lagu ‘Ibu Pertiwiku’…teringat zaman hingusan ritu-ritu…sebut pasal ‘hingusan’ (jangan kata aku bukak topik tak senonoh pulak!) dan-dan aku balik Miri, boleh pulak kena selsema…Ini yang tak best ni, sebab minggu depan dah nak start praktikal…tak maulah datang praktikal dalam keadaan melelah, berair mata kan? Mestilah first impression tu kena bagi yang terbaik…

Walaupun dah berjuta kali bertahun-tahun naik flight, tapi kepuasan menjenguk alam yang luas dari atas tu sangatlah menyeronokkan dan tak pernah jemu…dan baru sekarang dapat peluang share view apa yang aku nampak dari atas….

Aku lebih rela ketinggian pekerti dari kedalaman isi hati…”

*tetiba*

Belon lain tengah limpas dibah flight mek oghang…
Sapa belom pernah nait belon sitok?

Masa aku dok sibuk tangkap gambar tetiba terlintas, ada ke kamera yang boleh tangkap gambar dengan setiap kerdipan mata? Hurm…

Menu Nasi Kari Ayam..(kot!)

Untungnya kalau naik MAS, ko takyah pikir nak keluarkan duit beli makanan…lepas makan, perut dah kenyang…apa lagi membuta ajelah jawabnya…

View paling best kalau balik Miri…sehijau warna daun, sesejuk salju di kalbu!
and Now, I’m Back!

Dah lama tak merasa smooth landing…last aku ingat adalah sedekad yang lalu…lepas-lepas tu semua rough landing, janji dapat landing…selamat jugak sampai rumahkan? Tapi tulah….nak lah jugak merasa lagi perasaan ‘sedar-sedar dah sampai depan terminal’….

Sudah cukup kot aku merapu setakat ni..karang berjela berkajang berdosa aku sebab timbulkan rasa jelous dekat orang yang belum berpeluang naik flight…*maafkan saya...*

 “Awan, kalau dapat ku gapai, maka saktilah hamba…”

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top