Blog Header

Second Month: Didera waktu…

bulb, minimal, wallpaper-2124338.jpg

Pergh!

Macam tak caya baru second month. Lama dia aku rasa macam dah nak dua tahun! Lesu, lemau, tepu…semua rasa basi macam pereputan dinasour pun dah aku lalui…

Tapi, bila usha-usha kalendar…baru masuk minggu ke-8, aku macam; “Seriously?!” Apa ke lama benar masa kali ni? Masa ni saja je nak dera emosi aku nih! Bila kat tempat kerja, bukan main lagi macam datuk siput yang tunggu kena pijak…bila kat rumah, ha…laju dia kalahkan buraq!

Apa yang aku dapat sepanjang dua bulan ni?

Erm…erm…erm…huargh!!! mengantuk lah pulak! Tak payah susah kira guna sempoa, jari yang lima pun bagi aku dah cukup lah kot. Jap, aku kira…

1- Aku dapat belajar guna software diorang…tapi masih diperingkat intermediate sebab asyik merah je setiap kali buat computation…

2- Aku dapat turun site dan belajar erti humble…

3- Aku dapat pengalaman situasi kerja sebenar..

4- erm….aku boleh create pelbagai spekulasi diorang terhadap aku..

Tu je kot! kot…kot la….

Memang sungguhlah aku didera waktu sepanjang dua bulan ni, sebab otak aku pun dah macam tak boleh nak rewind balik apa yang aku buat. Dan sumpah bosan giler! Bosan tahap giga punya datuk moyang! Aku tak dapat bayangkan kalau setiap hari datang kerja, buat perkara sama…hadapi hari-hari yang sama seperti 2016 masih tak menjelma!

Aku pun dah merapu panjang sangat pasal kononnya didera waktu lah…padahal tak delah teruk mana. Cuma minda, emosi dan fizikal bersama kehendak hati ni berjalan tak seiringan…tu yang jadi pemberontakan. Berontak dalam jiwa! Hati merana…perasaan pun entah dibuang kemana…

Padahal praktikal je baru…bukan kerja sebenar pun lagi. Dah bising macam ayam riuh sekampung bila bertelur. Pesanan awal untuk orang yang tak suka duduk pejabat macam aku ni, disarankan untuk kerja shift lagi bagus. Kerja pejabat ni sesuai bila dah ada keluarga, bila ada tanggungjawab…

Kalau tidak, makannya mereput je memanjang..pendapat personal akulahkan, biarlah penat kerja shift dari mereput di opis..

Chiao lu!

and thanx for reading!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top