Salam Blogger semua!
Sejak awal bulan Oktober ni kita digemparkan dengan peperangan yang tercetus di tanah Palestin. Perang yang semakin melampau ini telah menimbulkan banyak kekecewaan dikalangan saudara Muslim kita. Ibarat mencubit paha kanan, paha kiri terasa juga.
Kalau dulu aku mungkin salah seorang yang hanya menyokong dari balik tabir. Hanya berkongsi secara diam pendirian kita untuk pertahankan tanah milik orang Islam ini. Tapi, sekarang dengan kewujudan dunia teknologi, aku pun bersama-sama saudara muslim yang lain untuk teruskan bersuara dalam isu Palestin ni.
Yang bukan lagi menjadi isu antara perang politik dan juga negara, tetapi isu kemanusiaan.
Orang yang tak berperikemanusiaan sahaja yang akan mengebom hospital, anak kecil dan wanita serta rakyat jelata.
Genocide!
Sampaikan Mufti Menk pun turut bersama bersuara dan mendoakan kemenangan buat Palestin.
Alhamdulillah syukur negara Malaysia juga menolak habis-habisan tentangan Zionis dalam tragedi pembunuhan penghapusan etnik ni. Kejam!!!!
Siapa tak geram weh!
Hari tu aku pun ada juga baca, buat kajian sedikit sebanyak tentnag isu sekitar Palestin ni, kalau nak kata pro, aku memang bukan pakar dalam hal ini. Namun, pendirian bukan atas kepakaran tapi atas kemanusiaan. Tengok pun tahu siapa yang memperjuangkan hak dan siapa yang merampas.
Untuk tolong mereka dengan berarak ke Palestin memang kita tidak mampu, tapi dengan kuasa media massa kita mampu menyebarkan info dan terus bersuara sehingga terbuka hati-hati mereka yang buat dan cuba melenyapkan Islam dari dunia.
Kadang tu rasa bersalah juga untuk menikmati hidup yang tenang disini bila kenangkan nasib saudara kita disana, tapi tekad pada diri, untuk doa, jaga solat dan istiqomah baiki diri.
Amal buat mereka.
Yang paling rasa nak marahnya, dalam kondisi perang ni ada juga yang mengambil kesempatan untuk membolot duit sumbangan. Scammer! Haish, ini pun satu hal jugak. Tolonglah dalam keadaan macam ni jangan pentingkan diri. Itu belum lagi dengan isu penyokongan secara neutral.
Wallahua’lam, itu urusan mereka. Untuk aku, kita yang ambil peduli ni jangan pernah patah semangat. Sentiasa terus mendoakan dan bersuara. Tiada usaha yang kecil pada semangat juang yang besar. Jiwa kena besar!
///
Jom support segmen #suarablogger anjuran Kekja ni sempena menyokong kebebasan bagi Palestin.
Caranya simple jer, korang:-
- Save & Post gambar banner (backlink kepada entri ini)
- Tulis satu entri post bertajuk : Segmen #SuaraBlogger
- Tag dua orang rakan blogger
- Letak link entri penyertaan di ruangan komen sebagai tanda solidariti!
Jadi untuk melengkapkan syarat bagi segmen ni saya tag dua rakan blogger: Aienienka & Kak Syuderis untuk bersama join segmen ni.
Jom bersama kita #solidaritiuntukPalestin
Hi Sofie Adie.. Singgah dari blog segmen yang sama.