“ASSALAMUALAIKUM”
Dinasihatkan penggemar ‘Running Man’ untuk tidak membaca entry ni.
Tengah aku layan muzik video dak ‘The Wanted’ dengan senyuman tak berhenti, tetiba terdengar hilaian tawa dari roomie aku. Mak aih! Seronknya ketawa kak?! Ish ish ish….geleng kepala ajelah…maklumlah dah terbiasa dengan situasi macam tu.
Kalau nak tahu, tu adalah salah satu dari symptom mereka yang layan running man. Gelak bagai tak ingat dunia bhai! Dulu pernah gak r termasuk dalam kategori tu…tapi lelama dah jadi bosan…tak bukan aku nak kritik mereka yang suka ‘Running Man’ ni, tapi aku tak suka benda yang ‘kerana rating, kau sanggup kelihatan bodoh!’ *ops!*
Entahlah…tak berminat untuk ‘join the club’. Urm, tak minat. Langsung? Entah…kekadang tu boleh lah layan macam superman return ke, big bang ke, tapi tak delah addicted. Just for fun. Rasa nak tengok, layan macam biasa.
Tapi, kalau dah takde, takdelah tercari-cari. Tak suka dikategorikan dalam golongan ‘K-Pop’. Tak. Tak suka…ehem..*geleng-geleng*
Ish, agak risiko jugaklah nak kritik ni, ada kena serang tak pasal-pasal dengan ‘die hard fans RM’ karang. Haa, tak pasal-pasal masuk Metro;
“Blogger dikecam kerana kritik RM!”
Maka ber’huhu’ jerlah nanti. Kena pulau silap hari bulan. Iya, kita faham dunia sekarang ni semua tengah ‘angkat’ diorang. Kita tak bolehlah sembarangan nak menafikan fakta tu. Tapi, janganlah sampai buat orang menyampah tau dak? Seolah orang yang tak minat or tak layan RM tu ‘rugi’. Cuba bagitau sikit celah mana ruginya kalau tak follow up semua episode RM tu?
Lain orang lain pandangan. Ini hanya pandangan akulah kan sebagai orang yang akan ‘heh’ saja bila dengar orang ketawa sakan layan RM. Aku hormat minat masing-masing tapi tolong, tolong jangan sampai menganggu ketenteraman awam. Ni tidak, tengah-tengah malam pun boleh dengar orang hilai tawa. Ish, ish, ish…mana tak kecut perut kita nak ke toilet.
Takde salah untuk minat sesuatu, janji tahu had dan batasnya.
PnW!