Dua minggu lepas, aku rasa terlalu down sampaikan rasa nak harakiri pun ada. (Cepatnyalah aku putus asa dengan hidupkan?) Then selepas je dapat noti yang duit poket dah masuk, laju je bawak diri pergi ke mall. Hahaha, shopping kan boleh release segala stress! Dan memang betul, memang bahaya jadikan shopping sebagai jalan untuk buang stress. Sedap tu sedaplah, tapi yang naya duit makan kaulah merana.
Dah terlalu lama tak jaga diri ni. Lagi-lagi manjakan diri sendiri. Kesian dia, baru sekarang tuannya nak belajar cara jaga diri sendiri. Jadi, post kali ni, aku nak ceritakan macam mana cara aku self care on budget.
-
Beli barang idaman yang kau peram sejak tiga bulan lepas.
Disebabkan, tiga bulan lepas aku broke as hell, dan baru sekarang ada duit lebih, jadinya…aku lunaskan impian tu dengan beli barang tersebut. Pergh! rasa dia macam dunia ni ana yang punya bhai! hahaha. Okaylah, bahaya jugak pupuk dendam shopping macam ni. Mau tak ingat baki akaun sendiri.
-
Beli barang berkualiti dengan harga murah
Aik? Boleh ke beli barang berkualiti dengan harga ciput? Apanya tak boleh, awak pergilah time dia ada offer. Tak pun, dekat kedai-kedai yang selalu ada sale. Aku suka pergi AEON. Sebab AEON, barang-barang dia boleh tahan cantik dan berkualiti jugaklah. Plus, bila shopping kat AEON, kau tak perlu risau sangat, sebab fasiliti yang AEON sediakan sangatlah selesa.
-
Beli produk penjagaan dengan saiz percubaan
Namalah baru nak belajar cara jaga diri sendiri, nak manjakan diri kan…benda yang nak kena beli mestilah termasuk; scrub badan, losyen, krim malam, krim siang, perlindungan UV dan sebagainya (since barang yang aku beli tu mostly tadak pakej percubaan, ambiklah saiz paling kecil yang dia ada).
Aku belajar benda macam ni agak lambat jugaklah. Sebab jenis manusia yang suka ambil mudah dalam banyak hal. Maka, tak perlu beli saiz gabak terus (walaupun dia lagi murah) sebab takut kau tak konsisten pakai. Karang bazir jer.
-
Pelihara kesihatan
Walaupun ubat-ubatan ni tidak elok untuk diamalkan, tapi bagi aku ia adalah keperluan. Aku terpaksa jugak ambik kalau tak nak sengsara sendiri. Aku serik dowh bila ubat aku habis stok. Hbis segala rutin aku lari sebab merana tahan sakit dia. Allah saja tahu. Untuk yang sihat wal-afiat tu, jagalah kesihatan elok-elok. Ikhtiar itu penting untuk teruskan hidup.
-
Bawa diri makan sedap sebulan sekali
Kalau mampu, pergilah belanja diri dengan makanan kesukaan dengan harga mahal. Bukan selalukan? Jarang-jarang. Kalau ada lebih yang banyak, belanja diri pergi short vacay. Tapi, berbekalkan status ‘pelajar’ ni, income pun masih bergelar ‘duit poket’, terpaksalah tahan hati dulu dengan impian nan satu.
Biasa aku akan spend dalam 400 untuk self-care. Jaranglah bawah dari tu. Sekali setahun aku belanja diri sendiri dengan barang berkualiti. Sebab selalunya semua barang tu tahan setahun. Berbaloilah kan? Beli produk penjagaan muka dengan harga mahal tapi tahan setahun. Samalah jugak dengan make up dan lain-lain. Aku jenis manusia yang akan target something pricey of quality instead of temporary beauty. Ecececececeh….
Okaylah, budget tu takdelah badget sangat. Tapi, kalau dibahagikan dengan setahun, sangatlah jimat;
400 / 365 = 1.10
Jimatlah kan?
Kalau korang pulak, selalunya habiskan berapa untuk belanja diri sendiri?
[analytify-stats metrics=”ga:users” permission_view=”author”]