Seting-Garden ain’t easy…

Our belief is a strap that holds our faith.
We perceive the world with openness,
so we don't get lost while thriving in it ~ SA

Seting-Garden ain’t easy…

Our belief is a strap that holds our faith.
We perceive the world with openness,
so we don't get lost while thriving in it ~ SA

Seting-Garden ain’t easy…

So, aku baru siap kemas bilik yang 10 bulan ditinggal.

Urgh! Sawang naudzubillah! Macam-macam nak upgrade bila tengah kemas rumah, bilik ni. Nak tukar itulah. Nak tukar inilah. Idea nak upgrade tu sentiasa ada.

Bukan tak bersyukur dengan apa yang ada…bersyukur. Dan sentiasa syukur. Tapi, kita tak boleh hanya sandar pada syukur semata. Even semua barang yang wujud dalam dunia ni, kena jaga dan maintain.

Ergh, sebuat pasal maintain ni…itulah suatu perkara palingggggg susah nak dibuat.

MAINTENANCE!

Semua barang memang kena jaga perihal ni untuk bagi dia tahan lama dan elok dipakai walau dah bertahun. Ah, apa dah aku merepek ni.

Kejap nak tukar dapur dulu. Kejap nak tukar furnishing lantai. Dua-dua perlu. Tapi mana lagi perlu itulah yang selalu diperdebatkan. Sebagai seorang perempuan…mungkin dapur akan diutamakan dahulu. Ikea pun ikealah…

Teringin betul nak buat rumah itu sebuah rumah walau sekadar setingarden. Setinggarden pun payah kau nak setup! Makan bertahun juga…lelah berbuih liur minta upgrade rumah. Tapi, kau tak boleh nak mintak dekat orang, sebab semua tu kena datang dari usaha kau jugak.

Tu yang aku just bebel kat sini…penat nak hadap kondisi rumah yang kian hari kian pudar serinya. Sedih pun ada….dhaifnya lahai hidup. *sigh*

Takpe…slow slow ya kita bina rumah idaman. Sekarang praktis dekat rumah yang ada. Tukar ID, tambah seri…insyaAllah ada rezeki, buatlah rumah sendiri. Bukan lagi bertingkat atau tiada parking….to the future….

Kitaorang (as in aku dengan adik aku) sama-sama struggle untuk cipta ruang agar ia menjadi hidup dan selesa diduduk. Tak sabar nak tengok output terakhir anganan ni. Semat elok dalam minda. Sebab apa yang difikir itu ada…yakin dan usaha!

Tu jalah cerita angan aku. Esok first day masuk kerja baru. Doakan segalanya berjalan dengan lancar. Dan semoga seorang aku peroleh kerjaya yang boleh tingkatkan taraf hidup sendiri serta keluarga. Amin!!!

Adios!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top