“ASSALAMUALAIKUM”
Macam pelikkan bila orang yang tak pernah ber’CINTA’, berbicarakan tentang cinta…
Sebenarnya,..aku bukanlah nak berhujah tentang cinta itu the blablabla…..
Mana ada orang nak ambil nasihat tentang cinta daripada orang yang tak pernah bercinta. Kan?!
Perlahan-lahan angguk…
Aku nak cerita tentang macam mana aku boleh ‘cinta’ dengan watak Pyan. hahahaha…entri tentang ‘pyan’..Ala, pyan yang dalam ‘Soalnya Hati’ tulah…
Tahun 2007
(merupakan tahun ketiga aku belajar di suatu tempat yang adanya ‘tak wujud’.
Macam kat tempat hidden cities gi tu!)
Suatu petang. Aina pernah tanya aku,
“Dah pernah baca tak novel ‘Soalnya Hati’?”
Aku jawab, tak pernah.
Tanyalah yang mana satu? Kalau cerita tu pernahlah tengok. Cover novel tu macam mana?
Dengan bersungguhnya dia pun menerangkan bentuk dan segala yang berkaitan dengan novel tu.
(Masa duduk asrama, part paling best adalah bila ada member kita berborak tentang novel atau cerita yang dia pernah tengok sambil makan ‘jajan’ dan berbincang sambil gelak tawa…)
Start dari sinopsis, pergi kepada watak novel, lepas tu tentang taugeh (sebab heroin dalam cerita tu tak suka makan taugeh) dan style pyan bercakap sambil masukkan tangan dalam poket. (sangat cool!)
Aku yang belum baca lagi dengan setianya mendengar dia cerita terasa macam;
“Weh, nak baca…”
Then, dia pun kata, ‘Belilah!” dan gelak bahagia. Menunjukkan bahawasanya cerita tu sangat menarik dan rugi kalau tak baca!
Then, masa tu ada pesta buku sedang berlangsung kat PWTC, Aku dengan member aku yang kamceng ‘gila novel’ masa tu, habis merayu kat ustazah yang bertugas. Mintak pelepasan dan peluang untuk ke pesta tu. Orang kata, sebelum kita buat cara ‘haram’, kena mintak cara’ halal’ dulu. Kalau diorang tak bagi, baru kita ‘langgar’! (Ni prinsip masa dululah, kadang-kadang je guna prinsip ni, sebab kadang-kadang ia berguna jugak! hahahahah)
Disebabkan ustazah kami tu baik sangat, dia pun tak benarkan apa-apa outing yang melibatkan aktiviti ‘sosial’. Lagi-lagi pesta. Even pesta buku pun, ianya tetap digelar tempat ‘bersosial’!
Apalagi, meeting membina ‘plan bawah tanah’ untuk menyeludup keluar pun dijalankan. Maka, selamatlah kami berangkat ke tapak pesta. Dengan bahagianya (tanpa rasa bersalah), kita orang berhabis sakan mencari novel nan satu ni.
Nak dijadikan cerita, kitaorang beli 3 novel skema bagi setiap satu novel illegal. So, kalau tertangkap pun mustahil lah tak percaya, sebab banyak tu kami beli. Adalah nak sampai dua ratus. Yang si Aina ni mujur sempat sambar novel ‘Soalnya Hati’ sebelum dia dirembat orang lain. (Oh, macam drama pulak kena rebut-rebut novel…)
![]() |
Tadaa…inilah dia Soalnya Hati! |
Sampai-sampai je kitaorang depan tangga asrama, tertangkaplah oleh ustazah yang baik tadi. Terkantoilah kami!!! Dalam hati takleh nak kata apalah. Nasib baik dah plan siap-siap. Yang malangnya, novel SH ni tak sempat diselamatkan!!! Maunya tak menangis, tapi sabar je lah. Menadah je lah telinga dengar ‘ceramah’ free. Nak buat macam mana, dah tak de rezeki. Aina pun iya kan ajelah…
Melepas lagi…
Takpelah ‘pyan’…kalau dah jodoh tak kemana…