Tahun akhir di angka dua…

Our belief is a strap that holds our faith.
We perceive the world with openness,
so we don't get lost while thriving in it ~ SA

Tahun akhir di angka dua…

Our belief is a strap that holds our faith.
We perceive the world with openness,
so we don't get lost while thriving in it ~ SA

Tahun akhir di angka dua…

Amacam hidup?

Okay? hahaha so far so good. Nothing better in the world an. Dunia itu tempat ujian, akhirat itu tempat tuaian. Tapi taip tak serupa bikin.

Aku ni ada dua blog. Tapi aku lebih selesa up cerita dekat sini sebab aku tak perlu jaga hati sesiapa. Ye ke? Ye kan ajelah. Blog ni blog persinggahan ceritera aku. Bukan untuk raih rating sesiapa. Jadi suka hatilah an nak merapu benda apa pun. Lagi selesa begitu.

Ramadhan kali ni adalah Ramadhan terakhir aku sambut sebagai warga 20’an. Tahun depan dah tukar angka. Sedih ke? Well….sedih mungkin sebab amalan macam orang lima tahun hidup. Sadis! Gitulahnya kan…nak macam mana lagi. Masih gagal,masih loser dan masih hodoh serta miskin macam dulu… hahahaha bukan doa, tapi hakikat.

Allah….cubalah bersyukur sikit. Yeee aku bersyukurlah  ni. Cuma rasa kehambaan aku tinggi sangat (perasan!) tu yang buat rasa tawadhuk dan rendah diri sampai lupa pada nikmat yang diberi.

Kenapa nak rasa diri berjaya walhal satu gelaran dan pangkat pun kau tak pernah raih? Kereta pun level biasa dan terlalu biasa,…masih lagi jadi peniaga jalanan. Budak picisan yang nyawanya jika ditembak orang confirm tiada nilai. Dasyat perbandingan hidup kau! Hina sangat ke jadi manusia miskin?

Bukan ke manusia miskin itu lagi dimulia dan mudah untuk menjadi ahli syurga?

Itu manusia miskin yang bersyukur. Aku masih belajar untuk tingkatkan kesyukuran dalam diri. Hidup ni dah serba cukup. Yang buatkannya tidak cukup adalah nafsu dan keinginan.

Sepatutnya dah nak masuk tiga dekad hidup ni, kau patut mula menabung untuk persiapan mati. Bukan dok lagha macam ni. Asal dowh aku ni?

Entahlah….aku macam hilang klu kejap. Rasa macam jauh sangat dari Tuhan. Rasa macam, dah lama tak bermanja dengan Tuhan. Rasa macam, hikmah kemalangan hari tu buat aku sedar, aku ni keras hatinya sampai kemarau iman. Sedih! Kenapa dengan aku ni??

Kurang berzikir barangkali….astaghfirullahaladzim….

Bosankan hidup…bosankan jadi manusia….tapi dunia ni lah tempat untuk buang bosan dengan beribadah padanya. Quran pun jarang baca, ada hati nak hidup tenang. Entahlah….

Apa hajat diakhir hidup angka dua?

Kosong…takde apa..just nak hidup bahagiakan umi dan ayah serta jadi anak solehah buat mereka. Terlalu lama jadi anak derhaka, mungkin sekarang patut raih redha mereka selagi masih bernyawa. Selagi masih hidup bersama mereka.

Aku malas nak fikir pasal kahwin, bina keluarga dan sebagainya. Leceh! Sebab aku malas nak hidup susah dengan orang asing. Cukuplah susah itu dialami dengan keluarga sepanjang hidup lamanya. Kalau tak mampu nak provide sebagaimana umi ayah aku besarkan aku, kirim salam sajalah.

Macam mana?

Paling minimum ni…bukan lagi full provided, Baru basic saja…

  • Setiap bilik wajib aircond
  • Tilam lebih 10 inchi tebalnya
  • Peti ais sentiasa penuh
  • Bahan masakan sentiasa ada

Ah, senang cerita boleh jadi tinggi demandnya. Dan aku malas nak bgi komitmen. MALAS! Apa sangatlah swett mweet yang ditayangkan kalau pahit itu ditelan seorang…So wasted….

Eh dah jauh aku merepek. Tu yang cakap dekat adik aku, orang yang dah kahwin pun serupa tak puas single baiklah tak payah kahwin. Bukan wajib pun an. Umi ayah pun rilek je, alhamdulillah tiada paksaan. So chill chill sudah…plus aku pun tak nampak macam late 20’s pun. hahahah perasan sia!!!

Haish bukan selalu. So,…begitulahnya life aku. Relax jadi marhaen seadanya. Tak kaya tak miskin tapi cukup makan pakai dan tempat tinggal. Kenapa perlu tinggalkan keselesaan yang sedia ada kan? Kumpul je lah amal ibadah dan berbakti pada ibu bapa. Sudah memadai untuk meraih pahala.

Bukan tak boleh. Boleh je kan…kau hidup bukan atas persepsi orang lain. Itu hidup kau. Jadi janganlah mudah terpedaya dengan kemanisan cinta manusia yang tiada tahan lama itu. Dia adalah racun yang bisa rosakkan hati. The heck dowh?? Dah dahlah hidup ikut time line manusia lain. Itu mereka, bukan aku.

Yang penting, aku masih boleh menaip sesuka hati dengan senang hati ditiup angin aircond beralaskan tilam 10 inci. hahaha berlagak sia. Tak, aku bersyukur dikurnia dan dilahir dalam keluarga adanya ini. Belajar terima dan bersyukur. Biar kereta tak mewah, biar rumah tak nampak gah, tapi dalamnya penuh rahmat. Gitu….

Youtube pun Premium, apa lagi yang tidak aku syukurkan?

Alhamdulillah, aku bersyukur diberi izin untuk hirup udara sehingga usia ini. Bahagia yang tersendiri.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
aienienka
May 8, 2021 07:23

Hahahahahaahha

Scroll to Top