Blog Header

Takdelah teruk sangat sebenarnya…

nature, tree, travel-6741602.jpg

Disebabkan kelmarin dulu aku buat entri yang menakutkan tahap fobia pada waktu yang bergerak perlahan, maka kali ni aku nak memperjelaskan lagi bahawasanya kerja opis ni takdelah seteruk yang aku ceritakan sampai didera waktu bagai..[kesian orang yang nak kerja opis dimomokkan dengan entri mengarut aku. Maafkan saya…] Okay je sebenar kan? Lagi okey kalau kerja tu kita minat dan kita suka. [ni kes tak minat dengan kerja lah sebenarnya ek?]

Apa yang penting, niat semasa pergi kerja.

Kalau belum sampai tempat kerja dah fikir nak balik, memang lamalah cerita dia. Cuba kalau niat datang tempat kerja sebab nak tunaikan tanggungjawab (sebagai pelajar) kerana Allah taala.

InsyaAllah dipermudahkan segala urusan dan kerja akan datang dan dilakukan dengan lapang dada. [Pesanan untuk diri sendiri…]

So, untuk korang yang sedang kerja opis atau baru nak kerja opis ke, sebenarnya kerja opis ni seronok….bila ada banyak kerja. betul tak? Selain daripada tu jugak, kerja opis ni ada waktu yang banyak pada sebelah malam. [tapi still rasa tak cukup masa…] Sebab tu lah dalam entri lepas aku ada tulis yang kerja opis ni, sesuai bila dah ada keluarga atau komitmen. 

Jangan risau, kerja opis ni memang cool macam dalam drama…sebab opis ada sediakan air cond. Jarang jumpa opis guna kipas. So kerja opis memang cool! [kadang sampai perlu bawak sweater ngan selimut lagi…]

Dia cuma tak best bila kita masih baru lagi. Atau kita buat sebab terpaksa. Atau bila kita ada konflik di pejabat. Atau disebabkan kita baru, kita takut orang judge kita. Boleh jadi jugak kita tak minat kerja opis sebab lingkungan dia yang seolah-olah terperangkap dalam ruang kecil. Cubicle misalnya. Tambah pulak takde tingkap yang boleh kita lihat langit di sana….jadi semua benda ni, lama-lama boleh jadi tepu jugaklah….

 

Overall, untuk hadapi suasana pejabat tanpa rasa bosan, memang kitalah yang kena jadi aktif. Sebab suasana opis dah pasif, kalau kita pasif jugak…tu yang boleh jadi mereput…

thanx for reading!

chiao lu!

p/s: baru habis pulun balut hadiah tadi….

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top