g32b27b8d9c485b8735a6d5d44d64a7efe31790d1f276a3d77ae88d69742aa02df8ee14f4702389116d6ada82b5482ea9626a9e39f7542db7bf17106bb4e4637e_1280-4162499.jpg

Tetaplah Tersenyum Teman…

Dua minggu sudah aku sempat mengunjungi susasana kawasan kediaman pekerja kontraktor. Kadang kita selalu wonder, di manalah para buruh kasar ni menetap dan macam manalah situasinya.

Makanya, masa aku pergi berkunjung kawasan kediaman mereka, sebegitu ucapan rasa syukur terus melimpah dalam jiwa.

Alhamdulillah, alhamdulillah bisik hati tanpa henti.

Melihat suasana yang buat aku terkenang kawasan permai dekad yang sudah.

Simple.

Hidup yang tenang. Punya segala kemudahan dan sentiasa tersenyum.

Itu kehidupan yang aku dapat lihat dari riak wajah para buruh kasar ini. Tak pernah lokek dengan senyuman. Walau lelah dan sepenat mana membanting tulang, kadang ada sebahagian mereka mengalami masalah pembayaran gaji dari para majikan, mereka tetap bekerja keras.

Kadang mogok tu, perkara biasalah.

Yang penting setiap hari mereka dahagakan pekerjaan. Bertungkus lumus membuat yang terbaik kerana faham itu tugas dan tanggungjawab mereka.

Usai dari kunjungan itu buat aku belajar yang diri ini teramat kurang dari rasa kesyukuran. Punyalah terasa bagai tidak berjaya itu ini seperti seorang yang masih gagal, walhal…detiknya aku ketika ini adalah suatu kejayaan pada diri.

Semuanya sudah datang dan diatur cukup indah. Mengikut jadual Dia.

Syukur, tenang dan tetap tersenyum hadapi segala dugaan.

Itu pengajaran dan hikmahnya yang aku kian alpa dek diarung rasa cemburu buta pada kejayaan yang disangka akan membahagiakan jiwa. Walhal, semuanya sudah sedia hadapan mata.

Syukurlah diri…

Lambat laun kita akan belajar yang ketenangan adalah hadiah paling berharga dalam kehidupan.

Ketenangan hati, nyenyak tidur malam…itu semua anugerah yang harta benda tidakkan mampu membayarnya.

Kita kena belajar mengawal minda, emosi serta hati agar kuat dan teguh dalam mengharungi liku kehidupan.

Kadang kau rasa sepi, sunyi…itu mungkin tanda kau kurang zikir pada Tuhan. (Akulah tu…huhuhu)

Dipilih sepi dan sunyi kerana itu pilihan. Jauh dari hiruk orang ramai. Kehidupan kita tenang. Alhamdulillah.

Tukar keluhan menjadi pujian. Kita belajar sama-sama okay.

Apa jua badai yang mengharungi kehidupan kita pada hari ini, segalanya hanya sementara. Teringat satu quote dekat instagram aku ada baca, dia kata…

Tetaplah tersenyum teman…

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
ana mizu
ana mizu
June 24, 2024 16:04

berysukur dgn apa yg kita ada kan?
salam aidiladha sofie hehehe~

Scroll to Top