Blog Header

The Borrower

text, letter, old-4095909.jpg

Semua orang yang hidup dalam dunia ini adalah seorang borrower@peminjam. Termasuk aku yang sedang menaip ni. Nyawa yang kita punya hari ini adalah pinjaman dari Dia. Nafas yang kita hirup, udara yang kita sedut dan segalanya yang diberi semua punya asbab.

Apa dia adab sebagai seorang peminjam?

menjaga dengan sebaik mungkin dan patuh pada tuan empunya bila tiba masanya.

Itu adab kepada Dia, Tuhan yang Esa. Serupa juga jika meminjam barang dengan manusia. Semua ada had dan batasnya. Cukup masa, sila pulangkan semula.

Sebagai seorang manusia, aku sendiri pun akur yang kadang aku pun terlupa pada adab sebagai peminjam. Tidak dinafikan itu…selagi nama manusia, nasaya itu semua lupa.

Tapi, aku bukan nak bahas isu pinjaman dari Tuhan. Sebab aku sendiri banyak lagi kelemahan dari segi itu. Cumanya aku mahu fokus pada isu pinjam dari manusia. Sebab aku pun manusia, incase ada yang ingat aku bukan satu dari homosapien. ?

So, let’s check it out antara adab-adab sebagai peminjam (yang paling basic):

  1. Minta izin sebelum menggunakan barang orang lain
  2. Pinjam dalam waktu yang ditetapkan.
  3. Jaga barang yang dipinjam itu sebaik mungkin.
  4. Pulangkan barang dalam kondisi yang asal/lebih baik
  5. Pulangkan barang tersebut sebagaimana anda meminjamnya. Jangan bagi orang ketiga yang pulangkan. Tidak molek itu.
  6. Jika diminta barang itu lebih awal dari tempoh yang anda ingin pinjam, sila patuh tanpa bantahan. Mungkin tuan dia lebih memerlukan.

Kalau barang tu ada perubahan dari segi kuantiti, macam mana pulak nak ganti? Contohnya nak pinjam pemadam, liquid paper, sabun basuh baju or yang sewaktu dengannya.

  • Yang ini orang kata jangan guna istilah pinjam. Sila minta dengan baik dan berpada-pada. Kalau pinjam, kita sendiri tak tahu nak ganti macam mana. Sebab kita nak guna sikit saja.
  • Melainkan korang memerlukan dalam kuantiti yang banyak, yang itu mungkin boleh ganti dengan yang baru.
  • Biasanya kalau barang itu berupa bentuk makanan, baiklah korang ganti atau buat sistem barter. Standardlah kalau student nak buat sistem barter.

Kalau nak pinjam printer, kira macam mana pulak?

– Sila bayar harga yang tuan dia kasi. Kalau guna kertas sendiri mungkin lebih murah. Sehelai seposen saja. Kalau tuan dia kata halal, tu kira rezeki.

Kalau pinjam data?

– As long as tuan dia tak merungut tentang kelembapan data tu, dan korang cuba nak bayar separuh depa tak kasi, itu kira rezeki. Kalau korang baik hati, bayar sajalah separuh.

Isu pinjam barang ni masih berleluasa tak kiralah dari zaman tadika sampailah zaman kerjaya…cuma benda yang dipinjam tu je yang berbeza. Paling femes, pinjam duit. Haaa…yang itukan, jangan sampai tuan dia kata ‘aku tak halalkan duit yang kau pinjam‘ sudah. Bayarlah cepat-cepat.

Malulah tuan dia kalau terpaksa minta hari-hari. Common sense tu kasi polish sikit. Jangan karat sangat. Dunia hari ni penuh dengan peluang menjana pendapatan. Hatta tidur pun boleh buat duit. Jadi gunakanlah peluang tu dengan sebaik mungkin. Tapi, sebagai pemula, dinasihatkan kerja keras sikit untuk dapatkan modal sendiri tanpa pinjam modal dari orang lain. Kalau dapat elak, elakkanlah…

Cara paling senang dapat duit?

Melaburlah. Tanamlah duit tu dekat tempat yang berpotensi untuk dapatkan pulangan yang lebih baik.

Lambat?

Remember the quote: “Yang terbaik selalunya datang lambat” dan “Sabar itu indah”

Mana ada benda senang untuk senangkan?

Pinjam memang senang. Nak pulangkan tu naudzubillah. Janganlah macam tu, dah kira menganiaya tu…doa orang teraniaya boleh jadi makbulnya.

Ubahlah gaya hidup dari seorang peminjam kepada seorang yang bebas. Bebas dari belengu pinjaman. Hidup dalam pinjam meminjam ni, tak bebas. Seriously…Pinjam tu bagus kalau kita patuh segala adabnya. Senang dunia kalau semua orang punya common sense seperti emas.

As to conclude the entry of the borrower, I would like to forgive me my nonsense, as I also forgive the none of those that think they talk sense – Robert Frost

Subscribe
Notify of
guest
5 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
September 11, 2017 02:14

huhuhuhu….kena struggle lebih kasi pt tu jadi biasiswa. kim chaa boleh punya! chaiyok!
tulah..usha blog kim chaa tapi tak update…sedih…

Kim Chaa
September 11, 2017 02:12

Pinjam PTPTN pun rasa hati dah tak tenang.

lama tak singgah sini. baru hari nih rajin nak blogwalking ..hehehe

sofie adie
September 8, 2017 01:38

hai kak ana! memang pun kak ana. Allah…nak nak pulak yang jenis suka pinjam ni perasaan malu dia tu zero. memang geram!!

anamizu
September 8, 2017 01:36

hai sofie. hermm bab PINJAM ni kan k.ana pon cukup tak berkenan. kalo peminjam jenis ade sivik takpe lagi. ini yg jenis meminjam pastu buat harta sendiri. eeeeeee geramm.

Aisya Ismail
September 8, 2017 01:36

Well said..

Scroll to Top