The life of Sofieadie

Our belief is a strap that holds our faith.
We perceive the world with openness,
so we don't get lost while thriving in it ~ SA

The life of Sofieadie

Our belief is a strap that holds our faith.
We perceive the world with openness,
so we don't get lost while thriving in it ~ SA

The life of Sofieadie

Entri ni aku dedikasikan kepada sesiapa yang mahu mengenali manusia disebalik sofieadie. Ini adalah sekadar garapan kasar perjalanan hidup dia. Apa kegemaran, prinsip, dan apa sahaja yang buat hidup dia bermakna. Maka, ia akan menjadi suatu entri yang sangatlah panjang supaya dapat jimat masa korang untuk kenal aku.

Aku buat entri ni sebab aku malas nak ulang banyak kali. Aku malas nak small talk. Aku malas nak bahas isu awalan muqaddimah kenal orang. Aku tak reti nak cerita pasal cuaca dan isu semasa. Yang aku tahu, aku lebih suka perbahas sesuatu yang boleh membantu aku menjadi lebih baik, membantu aku capai impian hidup atau memahami personaliti manusia.

Selain pada tu, aku lebih suka hadap laptop, explore dunia digital, blogwalking, research, binge watch tv series, baca buku, layan lagu, layan podcast atau tidur. Simple.

Kalau korang dah lama kenal aku di dunia luar, korang mungkin dah bosan kot dengan topik ni. Sebab aku suka paksa orang buat assessment yang aku kaji. Selagi dia tak buat, aku akan tanya hari-hari. Assessment tu tidaklah susah…ia sekadar ujian personalti.

Tak pun diorang dah faham sangat dengan pe’el aku. Mood dia ada masa banyak giler cakap, sampai boleh jadi ulser. Kadang, diam sepanjang minggu. Ada masa jugak, hilang tanpa notis. Begitulah dia seterusnya.

So nak mula dari mana?

Menurut buku ‘The Art of People’, kita boleh kenal orang berdasarkan soalan-soalan seperti berikut:

  1. what is the most exciting thing in your professional life right now?
  2. what is the most exciting thing in your personal life right now?
  3. if you had enough money to retire, what would you be doing today?
  4. what’s one thing you would like to be doing or would like to have five years from now?
  5. what’s your favourite charity organization to support and why?
  6. if you weren’t doing what you do today, what would you be doing and why?
  7. other than a member of your family, tell me about your role model?
  8. who’s has been the most important influence on you?
  9. how would your favourite teacher describe you?
  10. if you could choose to do anything for a day, what would it be and why?

Jadi, beliau kata, kita kena pilih dalam empat soalan yang kita prefer dan cuba ajukan pada orang. Dari situ kita boleh tahu sedikit latar belakang, prinsip, value yang ada pada diri dia.

Sebelum aku baca buku ni, aku randomly tanya orang soalan yang berwarna oren. Kadang dia boleh datangkan pelbagai inspirasi. Dan kadang kita rasa macam dah kenal orang tu lama giler walau baru je kenal.

Tapi aku tak nak bahas pasal buku tu. Kalau korang berminat bolehlah cari dan baca, kaji dan praktis.

Biodata Ringkas:

Lahir Disember 1, 1992 di Miri, Sarawak

Aku duduk Miri sejak lahir sehingga umur 12 tahun. Lepas pada tu, aku dihantar ke Semenanjung untuk belajar. Dan semua pengajian aku di Semenanjung. Jarang-jarang aku balik Sarawak, kecuali perayaan.

Dengan siapa? kau tanya. Family pindah Semenanjung ke?

Tak. Aku je yang merantau belajar di tanah orang. Tak balik raya tu, kadang perkara biasalah. Namalah anak perantau kan?

Anak ke-4 dari 7 beradik.

Maklumat pendidikan aku korang boleh baca di ruangan ‘About‘.

Aku belajar Sains Geomatik sebab nak pergi Perlis. Cukup 3 tahun pusing Utara, aku jelajah balik Zon Tengah Malaysia.

Masa belajar Degree, aku just belajar untuk kegunaan sendiri. Aku tak expect pun akan kerja dalam bidang tu. Maka, sambil belajar, aku kerja part-time untuk improve aku punya social skills. Aku ni cerita dia memilih sikit nak bersembang dengan orang. Depends pada moodlah…

Buat masa sekarang, aku bermastautin di Selangor.

Personaliti Enneagram

Ini ujian personaliti yang lagi reliable berbanding MBTI. Kalau MBTI, aku adalah INFJ. Tapi, kajian kata MBTI punya perubahan terlalu drastik setiap kali orang tu ambil semula ujian dalam masa enam bulan. Maka, rujuk pada Enneagram.

Enneagram aku adalah 4,5,9. Itu yang paling tinggilah.

Tapi, ujian personaliti ni diambil bukan untuk melabel orang. Ia adalah bahasa mudah untuk kita faham orang. Bila kita faham diri sendiri, kita lagi mudah faham orang dan lagi senang kita nak menghormati dan respect antara satu sama lain.

Sejarah tragis

  1. Pernah sedut biji tasbih masa usia kecil
  2. Kepala dijahit sebab jatuh tangga pada umur 7 tahun
  3. Kaca masuk mata dan dahi dijahit. Aku tak ingat sebab langsung tak sedar (tak ingat umur berapa)
  4. Paling latest, kaki retak dan terpaksa bersimen
  5. Kemalangan ringan di bulatan Shah Alam

Pengalaman kerja, boleh usha di LinkedIn.

Prinsip Hidup?

Prinsip hidup aku simple saja. Kalau korang tanya aku kenapa masih single sampai sekarang? Aku akan jawab, sebab prinsip hidup.

Antara isi kandungan prinsip hidup aku dalam soal perhubungan ini adalah:

  1. Untuk menjadi pertama, harus meletakkan diri sebagai yang pertama
  2. Tidak merokok
  3. Tidak muda dari usia aku

Maka, bila orang dengar prinsip nombor satu, automatik tak lepas. Jadinya, aku terpaksa bubar prinsip tu. Bukan sebab aku tidak hormat dia, tapi sebab aku hormat yang semua orang adalah manusia.

Aku banyak crush dekat orang. Tapi, untuk kenal dan rapat dengan seseorang, ia boleh membawa kepada kecelaruan pada diri. Seperti:

  • Kenapa aku kena kawan dengan dia?
  • Kenapa aku perlu pada dia?
  • Kenapa dan kenapa yang buat aku lebih selesa untuk jadi manusia single.

Kalau korang boleh senyapkan setiap persoalan ini, itu sesuatu yang luar biasalah.

Sekarang aku cuba untuk belajar terima dan kenal orang. Kena jugak belajar sebab itu fitrah manusia. Sebab tu lah aku belajar untuk mencari dan suruhlah kawan-kawan cari. Masalahnya disini adalah, aku tak reti nak pegang perhubungan tu. Sebab aku diselubungi persoalan tadi tu lah.

Bila ia menganggu gugat ketenangan jiwa, aku cenderung untuk retreat dan akan ghosting. Before korang/dia ghosting aku. Macam lagu ‘Takeaway’

“Before I love you (nah, nah, nah)
I’m gonna leave you (nah, nah, nah)
Before I’m someone you leave behind
I’ll break your heart so you don’t break mine…”

Apa yang buat aku tak percaya/takut pada komitmen pada perhubungan?

Kebebasan terhad, jaminan

Apa yang buat kau cuba bagi ruang pada perhubungan?

Takdir.

Aku tak nak salahkan takdir pada setiap perkara yang aku tak usaha.

Untuk jadi someone special aku, (cyeh ayat!), korang kena kamceng dengan member-member aku dan of course keluarga.

Apa perkara yang boleh timbulkan spark dan buat kau terima seseorang?

Bila aku nampak bayang dia dengan aku di persisir pantai pada usia senja. (Choi! macam cerita HIMYM) lebih kuranglah.

Cara dia treat aku. Respect, loyalty dan always have something to explore and tell that stories.

Aku akan hormat orang sebagaimana dia hormat diri dia.

Takkan sepanjang hidup tak pernah orang ngorat kot?

Nope. Aku set boundaries by being a weirdo. hahahaha

Apa ciri yang kau cari?

Jujur, setia dan tidak mengongkong hidup. Mampu memberi keselesaan sebagaimana keluarga aku beri.

Apa ciri yang aku ada?

Jujur, setia, survivor

Aku suka mengemas daripada memasak. Bukan tak reti, cuma tak gemar. Sebab awal sangat explore dunia masak, sampai rasa bosan untuk memasak..hahaha

Foodhunter tu wajib. Makan semua yang halal kecuali ceri.

Buku yang ubah persepsi hidup?

Unlimited Power by Tony Robbins

Goodbye, Things: The New Japanese Minimalism by Fumio Sasaki

TV Series yang buat kau hargai hidup

Age of Youth

TV Series yang dah dikhatam

FRIENDS, TBBT. HIMYM, Breaking Bad, OITNB, New Girl, Young Sheldon, Agents of SHIELD, Agent Carter, Better Call Saul

Bila kau buat macam ni, ada high expectation ke pada orang yang bakal kenal dengan kau?

Takde. Aku just nak kau faham yang aku tak mudah nak layan benda tak serius.

Masa zaman duduk Kelantan, housemate aku ada kata; “Orang yang tak pernah couple adalah manusia loser…”

Tapi, bagi aku biarlah jadi seorang yang loser, daripada diperjudikan rasa hati pada sesuatu yang belum pasti dan tidak mendekatkan kau pada Ilahi.

Idola Muzik?

Chester Bennington, Mike Shinoda, Sleeping at Last, Ronnie Radke, Sum 41, Illenium…

Kadang aku into muzik sampai aku akan hadap konsert diorang dekat youtube. Yelah youtube ja mampu, nak pergi real live show diorang adalah wishlist aku. (hahaha tengoklah kalau aku rasa nak tengok.)

Cukup sampai itu saja tentang aku. Kalau korang nak aku study dan research pasal korang, bolehlah roger dan shout out aku di email (jade2sofie@gmail.com).

Aku rajin je sebenarnya, tapi bab nak kenal orang tu dia makan masa sikit. Ni cara akulah untuk jimatkan masa korang. Untungkan ada blog hahahah…

Papehal roger!

p/s: aku simple ja…kalau tanya aku watak series mana yang aku suka, aku akan jawab Jesse Pinkman, Ted Mosby.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top