Blog Header

Tidak Berjasad, Tidak Bertuan

Tidak Berjasad, Tidak Bertuan

Satu daripada kelemahan menjadi manusia ialah, mereka suka buat andaian.

Andaian itu yang selalunya mencetus kepada perang. Perang jenis apa?

Selalunya perang dingin.

Ya. Kita manusia sering menyalah faham sesama sendiri. Miscommunication kata orang.

Tidak ditanya, tidak diapa, terus lancar misil. Jadi, dia kebutaan.

Apa salahnya?

Mana tingkahnya yang jelak pada pandangan mereka?

Lalu dia hanya menyepi. Terasa dia hanya satu retakan pada istana kaca buat mereka. Si asing, pelik yang pentingkan diri. Si gila pada kebebasan…

Siapa dia untuk menghukum mereka jika salahnya dia sukar untuk diterima sebagai salah?

Dia salah? Jika ya, silalah ajukan bagaimana untuk betulkan. Bukan kerana kita dewasa, kita tahu dan peka dengan setiap gerak geri manusia. Dia itu masih perlu pada bahasa. Bukan dicemuh semata.

Ah….tidak berjasad, tidak bertuan. Itulah dia. Semua orang belajar dengannya sedari kecil. Tapi, tidak semua mempunyakan dia sebagai milik mereka. Dia keliru usah dicerita.

Penat. Penat jika hanya membayangkan senario didalam minda. Kenapa bila kita bertanya, nada balasannya sering kedengaran sinis. Tidak sinis, ditinggi suara.

Apa salahnya?

Kerana tiada kontribusi pada apa yang mereka kerja? Begitu?

Baliknya, dia membisu. Membisu itu lebih baik dari bicara yang diketepi. Seolah berkata pada dinding.

Tidak mengapalah, diakan memang sering begitu. Disisih terpinggir disudut yang hujung bermain bersama bayang…apalah sangat hendak bergaul dengan orang…

Itulah…sepi itu sering buat dia terfikir. Kenapa kita berandai dengan sesuatu yang menyakitkan? Kenapa tidak kita andai dengan sesuatu yang membahagiakan? Takut kecewa?

Bodoh!

It’s all in my head….sebab itu dia tidak berjasad

It’s all in my head….sebab itu dia kesepian riuh dialam minda. Dijerut pada sesuatu yang tiada bertuan.

Satu dari fasa menjadi manusia yang dia tidak suka….ditinggal sebelum meninggalkan….

Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Eeca Shyaa
May 16, 2021 20:10

Haaaiii! It’s been awhile. Penulisan yang sentiasa best dibaca. x

Scroll to Top