Blog Header

Transisi itu…

bagan, hot air balloons, sunrise-1137015.jpg

“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu (yang tidak terhingga itu) engkau ragu-ragukan (wahai manusia)?” 

Alhamdulillah kita masih disini…bersama sebuah lagi transisi hidup yang belum pasti. Pada sebuah kehidupan yang tidak pernah kita duga akan hidup ke detik ini…

Alhamdulillah…

Siang hari yang sudah, aku ikutkan naik angin. Bengang jugak bila orang yang buat janji sendiri mungkir, walhal aku tidaklah mengikat sangat pada janji. Tapi kecewa jugaklah. Kecewa sebab orang dah bagi harapan. End up kita yang kena rawat balik harapan yang tidak terlerai. Entah apa-apa kan…

Aku cuba untuk tenang. Sabar…nak marah bising-bising pun tak ke mana…maka aku hanya selesaikan ia cara yang lebih waras dan matang.

Kadang aku sendiri tak pasti adakah aku ini terlalu empati atau terlalu naif sehingga baiknya orang selalu tidak ambil serius pada apa yang aku hajat.

Wonder jugak; “Am I a joke to you?”

Entah.

Ke orang tak pernah tengok aku marah dan bengang sehingga mereka suka-suka janji, suka-suka mungkir. Suka-suka pijak arah itu ini seperti aku ni boneka lembu yang dicucuk hidung?

Heh…

Iya, transisi merendahkan ego. Hanya diam sebagai penenang keadaan. Hendak dikecoh, bukan selesaikan apa pun. Hendak diheboh, tidak ke mana jua jawapan. Baiklah kita diam. Kemam dan hadap sendiri. Akhir hidup kita kelak, kita jua yang menjadi sahabat sejati…

“Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;”

Korang pernah rasa, bilamana korang ada banyak cerita untuk dikongsi tapi kau toleh kanan dan kiri, rupanya kau sendiri. Kaulah yang gembirakan diri kau, kau juga yang membuat diri kau menangis. Dia rasa nak sangat kongsi cerita tapi tu lah…tak jugak semua cerita kita tu layak punya pendengar…

End up kita tenang aja layan sitcom barang se-episod dua. Buat rawat jiwa agar tidak merasa terlalu sepi.

“Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;”

Iya transisi itu amat sunyi…

Sunyi hingga kadang tidur aja kemeriahan alam yang kita punya untuk sandar…

Kadang bila orang tanya, ‘Siapa manusia yang kau akan hubungi kala kecemasan?’ atau soalan “Siapa yang patut dihubungi jika kau di situasi yang mencelakakan?’ (naudzubillah min dzalik!)

Aku sendiri termenung. Siapa ya yang harus aku hubungi? Siapa ya yang berada di talian pantasku?

Termenung jua difikir…

Kau tahu pada cerita aku?

Kau tahu apa khabar terakhir tentangku?

Nah…aku tak rasa kau punya klu…no man…

We are always alone…

Ha ha ha…

Habis jika pada insuran siapa yang kau letak sebagai penama?

….

Jika kecemasan…hubungi…?

Angkat bahu…

Nampak sangat kau tidak punya siapa….hahahaha (although kau tahu yang aku akan hubungi kau…ye kau…)

Ada je…cuma kadang aku tak gemar menjadi beban. Cukup-cukuplah lahirnya aku ini membebankan semua orang…hahahaha

Janganlah perginya kelak jua membebankan. Moga dipermudahkan kehidupan dalam pemergian…

Transisi ini aku hanya diam. Diam dan biar orang membuat tekaan. Biar saja prejudis melanda. Biar saja segalanya…

Hendak dikisah apa sangat…hidup ini singkat. Terlalu singkat untuk diperdebat.

Kata Faizal Tahir, kita santai aja…

Tenang-tenang menikmati hidup…

Transisi ini aku akan hargai setiap detik yang berlalu. Sepahit dan sekelat mana pun, aku akan hadap…

Kerna aku punya Dia…

“Kerana Allah jualah yang menguasai segala urusan akhirat dan urusan dunia.”

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top