Blog Header

Untold Story

text, letter, old-4095909.jpg

“ASSALAMUALAIKUM”

Salam jerebu satu Malaysia!

hahaha….jerebu dah naik ke Perlis da….nak lepak kat Academic Height (A.H.) pun dah tak selamat. Pandangan pun kelam je rasa.

Memandangkan ni awal bulan, quota pun masih laju je kan, semedang je aku terus rasa nak mengupdate semua cerita. Hari tu nak share pasal ke Penang, tak dapat…nak update pasal betapa busynya masa raya haji hari tu pun tak dapat…Alih-alih semua cerita tu dah basi dah….itulah dia ‘Untold Stories’ nya…

(Takpelah…final ni kos aku habis paper awal, then masa tulah aku akan balas dendam…HAHAHA)

Okay, aku dah lupa apa tujuan entri aku ni sebenar…

Oh, hari tu aku pergi format lappy aku ke windows 7 memandangkan software untuk surveyor tak sesuai sangat dengan windows 8. Demi surveyor software tu aku sangguplah tukar…berat gak rasa hati ni sebenar..tapi, berat lagi kalau aku tak pandai dan takde software tu…

Pastu, masa aku pergi ambil balik, bapak segala terkejut giler! Sebab folder personal aku takde! Folder yang aku simpan sejak awal aku bersama dengan lappy ni, sampailah sekarang..TAK ADA!

Masa tu hanya Tuhan je tahu betapa remuknya hati….sedih berbaur rasa pebagai perisa…Ah, sampai makan pun tak selera….nak cakap pun tak bermaya….sungguhlah masa tu rasa macam….kena campak kat planet pluto je rasa….jauh tanpa udara…hah!

Lepas tu Sir Ad telefonlah aku, nak bagitahu folder aku tu masih ada dalam simpanan dia. Dan aku kena datang jumpa dia balik Isnin ni…Aku pun apa lagi sengih lebar balik lah kan? bahagia dia pun hanya Tuhan je tahu…tu yang tak sabar tu tunggu hari esok…

kenapa? ‘umpama mawar yang sedang mekar…’

Okaylah, aku masih ada baki DUA paper lagi untuk final ni, so untuk seminggu ni…aku kena fokus dulu pada paper. InsyaAllah lepas seminggu tu setiap hari aku update story….

See ya!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top