Qitmir!
“Bagi kau anjing itu hina atau mulia?”
Logiknya, sudah terang namanya anjing, mana ada yang mulia. Sudah tentu ia hina. Bukan H.I.N.A. (dari akronim yang aku cipta). Pelikkan?
Anjing.
Kenapa bila kita menyumpah seranah, laju saja mulut meng-anjng dan mem-babi-kan perkara yang menggerutukan emosi, mental serta jiwa kita? Apa yang kitakan dapat dari zikir yang tiada padanya suatu keberkatan?
Puas!
2- Dosa membuat orang yang mendengar terjentik hati dan bermasam muka
Anjing!
Kau berkerut dahi.
Apa mesejmu dari kehinaan dua binatang ini?
“Ustazah, kenapa babi wujud padahal dia takde manfaat pun untuk hidup?”
Maka, ustazah hanya mampu tersenyum geleng kepala. Duhailah muridku ini….
“Eleh, kau pun cakap babi jugak. Kata orang. Dasar anjing!”
Ah, sudah! Pantang dibenarkan bersuara, laju saja mereka bertingkah. Yang satu anjing, yang satu menikus seperti kucing dan yang lain pula bersorak seperti babi.
–Kenali sejarah dan perihal zodiac dalam kalendar cina–
Aduhai, dunia, dunia…
“Allah tu Maha Halus. Dia bagi andaian dari setiap ciptaan-Nya agar manusia berfikir dan mengambil pengajaran. Satu, Dia nak uji ketaatan kita padaNya. Kedua, supaya kita manusia tidak berkelakuan seperti mereka. Jelek sekali!”
Dia diam. Teringat pada bacaan kajiannya. Allah Maha Hebat. Penuh dengan kesempurnaan dalam menegur manusia secara berhemah. Tunduk menekur memuji kebesaran Dia. –Hikmah perumpamaan dalam Al-Quran–
“Kamu tahu tak, tiada makhluq pun mahu dicipta menjadi yang hina. Kita harus melihat pada yang mencipta bukan pada yang dicipta. Sama seperti bila menerima teguran. Melihat pada isi bukan pada si penyampai…”-Anjing, anjing dan babi, babi-
Jadi, jawapannya mereka itu hina atau mulia?
Lihat pada diri kita. Siapa yang memandang itu.
Apa yang dipandangkan terpantul imej pada siapa yang memandang.
Sikap mereka itu hak mereka, tugas kita menegur dan paling lemah mendoakan saja kebaikan bagi mereka. Lambat laun batu yang keraskan lekuk jua dek kerana titisan embun yang berterusan.
Saya berlindung kepada Allah dari godaan setan yang terkutuk.
InsyaAllah bila diamal dapat surutkan kemarahan.
###
Anjing
Salakannya bingit
Kadang memeritkan pendengaran
Suara tanpa bayangnya sudah menaikkan rasa gerun
Tapi bila dilihat, tidaklah menakutkan.
Air liurnya penuh racun.
Bisa.
Siapa pun akan suka pada kecomelan yang sementara
Tapi, ia jua makhluk
Dicipta dari Pencipta yang sama
Yang kita sukar untuk bezakan,
garis halus yang memisahkan.
Antara anjing itu anjing, dan anjing anjing.
Sukar untuk difahamkan.
Yang hina, bukan pada yang dilihat
Tapi pada yang melihat
###
Lega.
Suatu ilmu baru dia belajar.
Benar kata orang lama, mahu mengajar harus punya sikap bersedia untuk diajar.
Akhir kalam, dia sudahi semoga semua itukan berakhir dengan husnul khatimah….
Good sharing sis. Peoples needs to stop thinking anjing and babi is hina and worth the hate. It is just so wrong.
woof woof
perkongsian yang bagus sis~ 😉
Salam jumaat singgah sebentar