Projek Podcast adalah satu inisiatif buat sofieadie bagi melatih dirinya untuk lebih bersuara. Walaupun kejanggalan meluah aksara dalam bentuk nada itu ketara, tetapi ia tidak menjadi penghalang buat dirinya untuk tampil dengan lebih banyak projek percubaan.
Kepada Sesiapa
Kepada Sesiapa adalah nama podcast aku yang ketiga selepas dua kali projek Orang terdampar di pantai hitam. Podcast ni dia berkisar tentang hidup sebagai seorang startup, seorang yang acap kali gagal dalam mencapai impian. Aku harap, ia dapat menjadi inspirasi buat korang. InsyaAllah.
ORANG
Orang adalah suatu projek pencarian identiti diri dalam kekabutan kehidupan yang tiada henti. Bermula pada tahun 2018 dengan operasi Beta, dan September 2019 Orang melancarkan podcastnya secara rasmi bersempana dengan tahun baru Hijrah 1442.