Orang bercerita, kita sibuk mendengar.
Orang berhujah, kita sibuk jua membantah.
Orang kata tidak, kita keras memaksa
Hingga orang terpaksa akur pada suatu yang dia tidak mahu…
Kenapa diberi simbolik?
Kenapa memaksa setelah ditolak?
Kenapa mahu lari seolah tak punya salah?
Kenapa?
Jika benar tiada salah, hadapi seperti dewasa
Hatta anak kecil pun berani bersemuka jika buat salah.
Ya, lupa anak kecil jujurnya tidak sampai ke besar…
Mahu salah siapa?
Persekitaran?
Didikan?
Ironiknya yang berkata jua tidak pernah jujur
Simboliknya selalu terkeliru
Hingga terasa memperguna yang qudus untuk memperoleh sesuatu
Apa agaknya rasa sebegitu?
Entah.
Simboliknya, sukar untuk ditolak.
Sukar untuk berkata tidak.
Sukar sehingga terpaksa menebal muka seolah tak punya maruah
Paling teruk seperti orang tiada agama dan tidak belajar syariah…
Terlalu mudah bagi sesetengah manusia adalah jerih bagi sesetengah makhluq lain
Tanggapan remeh sekelompok manusia adalah isu serius makhluq lain
Kenapa perlekeh?
Atas hakiman siapa yang memerhati, kata mereka
Atas hukum sendiri langsung tidak diambil kira.
Biarlah…
Biarlah kata dia…
Benar tidak, dia berdarah
Jatuh terjelepuk ditengah kota kegelapan untuk jillion kalinya
Tiada siapa kisah
Tiada siapa peduli
Ya, lolongan sendu tidak berlagu
Teriakannya syahdu
Sayangnya tiada yang tahu…
Sayangnya…memang diakan mati dahulu…
Tidak lahir, jiwanya yang pergi seperti kamu mahu..
Simbolik itu dipandang sepi
Tidak kiralah sejuta maharnya
Jika maruah bagai diinjak
Tiadalah guna pada harga
Simbolik gila menerobos jiwa sang peneroka yang sentiasa dahagakan kata bahasa dan kualiti
Kualiti yang jarang dicari bagi sesetengah manusiawi yang memenuhi bumi
Simboliknya, dia sudah tidak peduli
Hatta melaung teriakan agama tapi tingkahnya tidak sama
Dia rela lari…
Dia pilih untuk lari…
Dari terkambus dalam hipokrasi….