spring, nature, coffee, flowers, beautiful flowers, flower wallpaper, flat lay, book, flower background, breakfast

A little about me

Hello, I'm Sofie!

Jika ditanya apakah sumber ilham beliau mencanting rasa dalam bentuk aksara, nescaya beliau akan menjawab;

“Pengalaman…maka di sinilah tempat saya bercerita serta kongsikan idea yang agak asing dari dunia nyata hahaha…”

Seiring dengan perkembangan teknologi, beliau mula memasuki dunia maya dengan menggunakan persona Sofie Adie.

Cerita lanjut mengenai perkembangan blog beliau boleh dilihat pada laman ‘Timeline’. Tagline kegemaran beliau dalam mengharungi kehidupan adalah; ‘This too, shall pass…

Setiap dari kita punya perjalanan kehidupan yang berbeza. Perbezaan itulah yang menjadikan kita unik.

Sebaris Kata Editor

Ya, laman ini kadang tiada ditapis dek kerana mengekalkan keaslian saat setiap aksara itu menari diatas papan kekunci tanpa henti bersama emosi dan selalunya bersama latar pilihan yang tersendiri. 

Jika kalian pembaca lama laman ini, kalian sendiri sudah betah dengan rentak si penulis. Sebentar ia begini. Sekejap pula ia begitu. Namun, seringkali ia adalah sebuah dunia garapan kacukan realiti dan imaginasi. Apa pun motifnya, biarlah hanya dia yang fahami…

Terima kasih sudi mengunjung ke teratak aksara Dari Meja Sofie Adie. Semoga apa jua asbab kalian kemari, kalian bertemu dengan apa yang dicari. Jika ada kata yang mengguris rasa, mohon dimaafin… Semoga dipermudahkan segala urusan kalian dunia akhirat.

bridge, road, path, bridge, bridge, bridge, bridge, bridge
Scroll to Top

🎉 You’re In
Thanks for Subscribing!

Fresh updates are on the way to your inbox.

While you’re here, why not explore more?