Blog Header

Bagaimana mencari pekerjaan selepas tamat pengajian?

text, letter, old-4095909.jpg


Universiti atau kolej tidak menyediakan kita kehidupan yang sebenar. Jika kita seorang pelajar sepenuh masa, kita mungkin tidak mempunyai banyak peluang atau masa untuk menyertai sebarang kerja sambilan disebabkan jadual yang begitu padat.

Walau bagaimanapun, pinjaman pelajar membuatkan seseorang itu sukar untuk menumpukan perhatian dalam kelas kerana hutang yang semakin menaik dan meningkat lebih tinggi, menyebabkan kita menjadi lebih miskin.Tambahan pula, tempoh tamat pengajian menjadi semakin dekat dan lebih dekat, pelajar biasanya mula panik. Apa sekarang?

Apakah yang saya akan buat? Saya berhutang begitu banyak wang, bagaimana saya akan membayar balik pinjaman ini?Menurut satu tinjauan baru-baru ini, hanya 16% daripada graduan kelas 2013 mendapat tawaran kerja pada sebulan sebelum tamat pengajian. Walau bagaimanapun, peratusan ini telah meningkat sekurang-kurangnya sebanyak 8% dalam tempoh dua tahun yang lepas.

Rahsianya adalah, menyelesaikan latihan industri dengan cemerlang sebelum menamatkan pengajian. Pada tahun 2013, hampir separuh daripada graduan mendapat pekerjaan daripada latihan industri. Oleh itu, kelas 2015 telah menggenggam idea ini sebagai salah satu faktor reality dimana lebih daripada 70% graduan menamatkan latihan industri ketika masih berada di dalam universiti atau kolej.

Situasi ini bergantung kepada pelajar samada mahu mencari pekerjaan selepas tamat pengajian ataupun tidak. Kerja idaman kita tidak akan muncul dengan ajaib, kita perlu berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Kita perlulah berusaha dengan gigih lagi bagi mendapat pekerjaan yang kita idamkan. Sekiranya impian kita masih belum tercapai, gunalah cara lain kerana dimana ada kemahuan, pasti ada jalan.

Sebagai generasi milenium, kita bertuah kerana sentiasa dikelilingi oleh teknologi.dan peranti yang lebih elektronik. Terdapat banyak agregator pencarian kerja dan papan pekerjaan di web, aplikasi dan blog yang boleh membantu kita dalam pencarian.

Kebanyakan daripada mereka juga menyenaraikan semua pekerjaan atau latihan industri yang berhampiran. Kita boleh mula mencari mengikut lokasi, syarikatatau kata kunci. Dunia internet terlalu penuh dengan kemungkinan yang masih belum diterokai!

Kita juga boleh melawat pusat kerjaya kolej untuk meminta nasihat daripada profesional dan tips bagaimana untuk mencari pekerjaan. Kita mestilah bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan pada masa akan datang. Jadi, untuk mendapat keputusan yang sangat baik, kita perlulah mempunyai resume yang lengkap, berpakaian kemas, melakukan kajian tentang syarikat sebelum temuduga dan yang paling penting…

Pencarian pekerjaan anda bermula di sini: Uni Emirat Arab | Argentina | Austria | Australia | Belgium | Bahrain | Brazil | Kanada | Switzerland | Chile | Colombia | Republik Czech | Jerman | Ecuador | Mesir | Sepanyol | Perancis | UK | Greece | Hong Kong | Hungary| Indonesia | Ireland | India | Itali | Jepun | Korea Selatan | Kuwait | Kazakhstan | Luxembourg | Maghribi | Mexico | Malaysia | Nigeria | Netherlands | Norway | New Zealand | Oman | Peru | Poland | Portugal | Qatar |Romania | Rusia | Arab Saudi | Sweden | Singapura | Turki | Taiwan | Ukraine | US | Uruguay | Venezuela | Vietnam | Afrika Selatan

Subscribe
Notify of
guest
6 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
May 16, 2016 05:23

thanks BV!

sofie adie
May 16, 2016 05:22

kan?? setuju sgt. kena serius masa nak cari tmpt praktikal…kalau tidak…wat naya ja! thanks!

sofie adie
May 16, 2016 05:22

done join! thanks for inviting! πŸ˜€

BudakVanilla
May 16, 2016 05:21

nice sharing πŸ˜€
membantu sangat entry nie πŸ™‚

aswaleyla
May 14, 2016 14:59

betul tu. yang penting time latihan ndustri tu cari syarikat yg betul2 kita nak kerja. cuba dapatkan yang terbaik. jangan p l.i dekat seven e pulak. good entry

Osman
Osman
May 14, 2016 14:24
Scroll to Top