Photo of Vehicles On Road During Evening

Baran ke Tenang?

Seminggu ni kesesakan jalan seolah menjadi-jadi. Giler betul sesaknya!

Hampir setiap hari aku sampai lewat di ofis. Haih! Nak bersungut pun tak selesaikan apa masalah.

Cuba untuk tak mengeluh atau merungut pun jadi mujahadah. Sabar tu dah kian menipis bila terlalu lama sangat sangkut atas jalan. Perjalanan makan masa 30 minit boleh jadi berganda jamnya!

Baran jugaklah rasa.

Hon memang dah jadi ruji dah. Adoyai…

Fuh,…tenang tenang okay.

Then kawan kerja pun cakap, “Penambahan kereta lah kot sebab sekarang kan musim hujan, jadi orang yang naik motor semua pakat dok naik kereta. Tu yang merasa sesak dia.”

Kata dia tu ada betulnya.

Memang termenung bila terlalu lama dalam perjalanan yang dekat. Aku cuba sehabis daya untuk tenang dan berlapang dada atas jalan. Tapi confirm ada manusia yang akan menguji kesabaran aku yang dah kian menipis bila angka 9 masih belum sampai pejabat.

Keluar habis awal jugak dah keluar rasanya. Tapi, sangkut jugak.

Hancur terus misi tidak merungut untuk 30 hari aku.

Istighfar banyak-banyak hati oiii!

Kau ni bab complaint, perghhh laju kemain ye.

Nasiblah hari hujan yang sejuk ni cepat sikit reda barannya. Layan instrumen yang tenangkan jiwa, hati dan segala emosi berkecamuk ni.

Kita yang biasa hadap jam ni kan, dia dapat tahu jam biasa dan jam luar biasa. Jam luar biasa bila jalan mengensot saja. Langsung takde bertatih or berlari anak. Itu confirm kau jangan mimpi sampai on time even waze janji manis tadi. Putih mata sajalah labu oi!

Jam biasa aku boleh berjamming lagi santai. Memang tenang buat terapi. Kalau jam luar biasa, aku pun kalau boleh nak berhenti tepi jalan dan tido dulu kalau boleh.

Setakat ni je lah cerita jam aku. Frust giler sebab seminggu makan jam. Sakit kepala nok!!!!!

Alhamdulillah kerja semua dah setel.

Moga dipermudahkan semua urusan kita dalam menjalani kehidupan sebagai hamba Allah yang sejati. Okeh!

Moga husnul khatimah gais!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top